Soalan: Rujuk sah atau tidak?
Nama*: | Zura |
Alamat Email: | mazura_aleesya89@yahoo.com |
Tajuk*: | Rujuk sah atau tidak? |
Message*: | As salam..sya nak brkongsi dan mnta pendapat..prnghujung thn 2013 saya telah diceraikan suami dengan talak satu.tetapi dalam masa tempoh idah kami cuba berbaik2 dengan melakukan persetubuhan.sehingga tempoh idah habis kami tidak rujuk kes ini ke mahkamah menyatakn yang kami telah rujuk.adakah sah rujuk tersebut?kini,suami telah pergi ke pejabat agama untuk membatalkan sijil nikah kami,ini bermakna sekarang kami bukan suami isteri atau masih suami isteri lagi?suami berbuat begitu dengan alasan tidak mempunyai perasaan apa2 lagi pada saya dan semua perasaan itu telah beralih arah ke perempuan lain.sijil nikah saya masih ada bersama saya.saya keliru..apa hubungan kami sebenarnya??harap boleh membantu. |
File Upload: | |
Visitor IP: 219.92.2.9
Salam
Rujuk berlaku dengan adanya lafaz RUJUK sebagaimana lafaz NIKAH pada majlis akad nikah. Jika persetubuhan berlaku begitu sahaja, ia dibimbangi terjadi kerana tuntutan nafsu semata. Tidak dinafikan ada sebahagian ulama mengesahkan rujuk berlaku melalui persetubuhan.
Tindakan suami ke pejabat agama untuk membatalkan sijil nikah (memohon cerai) adalah proses lain yang menunjukkan suami mahu berpisah terus - cerai - dengan puan. Jika diluluskan, maka terjadilah talak satu.
tk
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.