Soalan: adakah jatuh talak?
Nama*: | HambaAllah |
Alamat Email: | renungansyahdu83@gmail.com |
Tajuk*: | adakah jatuh talak? |
Message*: | Soalan saya tempoh hari :
1) adakah jatuh talak apabila ayat berunsur talak diungkap dengan gerakan bibir dan lidah tanpa keluar lafaz suara?
2) ayat penuh : "aku tak akan ceraikan kau". tetapi, andai seorang ini berkata di hatinya : "aku tak akan ...", tetapi dua perkataan hujung tersasul sebut : "...... ceraikan kau". apa statusnya? adakah jatuh talak?
Jawapan ustaz :
Salam
Ungkapan talak perlu dilafazkan, disebutkan sekurang-kurangnya didengar oleh diri sendiri, baru sah jatuh talak.
Ataupun dibuat melalui tulisan atau SMS...
Yang lain tu, jangan main-main dengan talak, jika tersebut sku ceraikan kau; maka jatuhlah talak.
tk
**Pertanyaan saya lagi : Maknanya kedua-dua masalah di atas tidak jatuh talak ye ustaz?
Terima kasih ustaz.. |
File Upload: | |
Salam,
ia tidak jatuh talak..
wallahuaklam.
Visitor IP: 203.62.1.42
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.