Nama*: | Puan Azura |
Alamat Email: | mywilton@gmail.com |
Tajuk*: | Jatuh talak atau tidak? |
Message*: | Assalamualaikum ustaz.tahniah dan syabas sy ucapkan kpd ustaz kerana mengadakan ruang perbincangan percuma seperti ini.Semoga hidup ustaz bertambah berkat dan rahmat dr Allah swt. Saya ada beberapa soalan ttg lafaz cerai 1. Saya adalah isteri kedua. Apabila isteri pertama suami tahu akan hubungan kami, pada pengetahuan saya madu saya telah mengikat janji dgn suami untuk menceraikan saya. Suami saya bersetuju walaupun tidak berniat. Suami terpaksa bersetuju kerana dengan itu suami dapat berjumpa dgn saya kembali selepas itu, jika tidak, madu saya tidak akan melepaskan dirinya untuk bertemu dgn saya. Adakah tertalak diri saya ini? Dan jika dia berjanji sebanyak dua kali, adakah tertalak dua kali (dalam waktu yang berlainan) 2. Saya pernah bergaduh dgn suami dalam sms. Tiba2 suami sms katanya, kau pulanglah kepada keluarga mu. Apabila saya mahu dpt kepastian ttg jatuhnya talak disebabkan perkataan tadi, suami membalas, dia tidak berniat utk bercerai. Mohon pencerahan dari ustaz. Terima Kasih. |
File Upload: |
Salam
Paksaan isteri pertama untuk membuat pengakuan atau menceraikan isteri kedua, ia tidaklah menjatuhkan talak. Suami perlu tegaskan bahawa dia tiada niat langsung untuk menceraikan isterinya.
Pada kes kedua, ia tidak jatuh talak kerana suami tiada niat utk cerai, sekadar disebut pulang ke rumah keluargamu shj..
tk
Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.