Soalan: suami mengaku sudah tidak bersama
Nama*: | siti normala |
Alamat Email: | snmala.zhari@gmail.com |
Tajuk*: | suami mengaku sudah tidak bersama |
Message*: | slm ustaz,
Suami sy pernah berkhwin dgn senyap dgn perempuan lain. Dia pernah memberitahu perempuan tu yg die sudah tidak bersama saya lg, die juga pernah beritahu keluarga perempuan tu yang kami dlm proses penceraian.
Andai betul dia pernah mengatakan yg kami sudah bercerai @ menggunakan perkataan lain yg sama maksud, adakah jatuh talak ke atas saya. Niat dia bukan untuk bergurau.
Dia juga pernah mengatakan yang dia x pernah bersama saya sepanjang perkahwinan kami kepada perempuan tu.
Tolong jawab sbb sy musykil dgn status saya. |
File Upload: | |
Salam
Puan masih lagi sah sebagai isterinya. Dia tidak melafazkan cerai secara sah, sekadar memaklumkan begitu begini. Dia sebut dalam proses perceraian, tetapi dia tidak pernah menceraikan puan.
Cakap-cakap suami seperti itu sekadar menunjukkan keseriusannya berkahwin dengan isteri barunya itu...
tk
Visitor IP: 175.141.29.151
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.