Sunday, June 22, 2014

Soalan: Status Cerai & Rujuk

Nama*:A. Aziz
Alamat Email:hotkad@gmail.com
Tajuk*:Status Cerai & Rujuk
Message*:Salam ustaz,

Saya ingin bertanya beberapa soalan untuk kepastian iaitu :

1) Benarkah talak TIDAK diambil kira jika ia hanya niat/lintasan hati/lafaz dalam hati sahaja?

2) Jika suami was-was atau tidak pasti sama ada lafaz cerai berlaku di dalam hati atau di lidah, sedangkan jauh disudut hatinya ada sedikit keyakinan bahawa lafaz tersebut di hati, adakah jatuh talak? Untuk makluman ustaz, suami memang ada masalah was-was dalam ibadah lain juga.

2) Apakah syarat sah lafaz yang sorih mesti dilafazkan oleh lidah (berbunyi) dan SEKURANG-KURANGNYA bunyi tersebut didengar oleh telinga suami?

3) Jika suami lafaz rujuk pada isteri kerana beliau was-was tentang status soalan (1) hingga (3) di atas, apakah hukum lafaz rujuk berkenaan? Adakah ia boleh menyebabkan jatuh talak? Untuk makluman ustaz/puan suami meletakkan niat rujuk tersebut hanya jika sah talak (soalan 1-3) sahaja.

Mohon penjelasan dan bantuan pihak ustaz.

Terima kasih.
File Upload:

Salam.

1. Lintasan hati tidak dikira akan menjatuhkan talak sehinggalah ia dilafazkan.

2. Ia tidak jatuh.

3. Paling kurang didengar oleh suami yg melafazkan talak.

4 Tidak perlu dirujuk, jika tidak jatuh talak..

Seperkara lian, saudar tidak perlu layan dengan sikap was-was itu. ia mainan syaitan. Tinggalkan segera kerana ia boleh meruntuhkan ruamhtangga yg dibina.

tk

Visitor IP: 175.145.94.233

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA