Nama*: | nazirah |
Alamat Email: | nazirah3112@yahoo.com |
Tajuk*: | lafaz taklik |
Message*: | Salam...saya memerlukan penjelasan berkenaan lafaz yang telah diucapkan oleh suami saya. untuk makluman Ustaz, saya telah mendapati suami saya mempunyai hubungan istimewa dengan kawan kelasnya. Sehubungan itu, saya telah memohon penjelasan daripada suami dan minta pengakuan berkenaan perkara tersebut. Suami menafikan dan bersumpah tiada sebarang hubungan lain dan hanya menyanyagi keluarga ini. Walau bagaimanapun, setelah berkali-kali didesak akhirnya suami telah mengaku mempunyai hubungan istimewa dengan kawan tersebut dan mohon peluang untuk berubah demi menyelamatkan rumah tangga kami. Kami telah berbincang dan saya telah bersetuju untuk memberi suami peluang demi anak-anak dan keluarga ini. walau bagaimanapun dalam tempoh tersebut suami sebenarnya masih berhubung dengan kekasihnya dan berbohong apabila saya bertanya mengenai hubungannya. saya telah meminta suami untuk tidak berhubung dengan kekasihnya bagi memastikan suami benar-benar berubah dan tidak berbohong lagi. Namun perkara tersebut tetap berulang..suami masih menghubungi kekasihnya tanpa pengetahuan saya. Bosan dengan sikapnya yang suka menipu saya telah minta suami untuk lafaz ayat berikut " abang sumpah Waallahi, takkan berhubung langsung dengan dia melalui apa cara sekalipun, kalau abang berhubung juga jatuh satu talak atas saya".Suami telah lafaz ayat tersebut. Beberapa hari selepas itu, saya merasa curiga dengan perubahan suami dan berasakan dia masih berhubung dengan kekasihnya. saya telah bertanya dan mengingatkannya tentang lafaz yang telah diucapkan sebelum ini. Suami seperti mempermainkan saya dengan lafaz tersebut dan tidak mengaku ada menghubngi kekasihnya. Pergolakan yang timbul menyebabkan saya telah mmeminta untuk dia bersumpah sekali lagi dengan lafaz seperti berikut " sumpah abang tidak menipu sayang dan tidak berhubung dengan dia..kalau abang bohong jatuh satu talak atas sayang". suami telah menyebut lafaz tersebut. Sehubungan dengan itu, saya inigin mohon penjelasan Ustaz adalah 2 lafaz sumpah yang dilafazakan oleh suami merupakan lafaz taklik dan sekiranya suami masih berbohong adakan jatuh talak ke atas saya. Sekiranya jatuh talak tersebut apakan tindakan yang perlu dibuat memandangkan saya sedang mengandung 8 bulan. Diharapkan penjelasan ustaz dan membantu saya. terima kasih |
File Upload: |
Salam
Itulah.. kenapa masalah seperti ini hendak dikaitkan dengan talak dan cerai. kan akhirnya menyusahkan diri sendiri.
Lafaz berkenaan jika disebut betul oleh suami dengan kerelaannya, maka ia menjadi lafaz taklik yang sah. Bila lafaz taklik itu sah, bererti tindakan melanggari taklik akan menyebabkan berlakunya talak ke atas puan.
Jika suami menipu puan, maka jatuhlah talak. Jika suami berhubung lagi dengan buah hatinya, jatuhlah talak...
Apabila telah jatuh talak satu, puan boleh berbincang dengan suami untuk memintanya merujuk kembali puan dan dengan sendirinya membatalkan taklik yang ada dalam perkahwinan ini.
tk
Visitor IP: 203.217.176.72
Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.