Thursday, June 5, 2014

Soalan: mandi wajib sah @ tidak


Nama*:nana
Alamat Email:
Tajuk*:mandi wajib sah @ tidak
Message*:assalammualaikum ustaz...saya nak tanya tentang mandi wajib
1 . Saya mandi biasa dahulu kemudian baru mandi wajib....boleh kah macam tu yer ustaz?
2. jika ada kotoran dan amat susah utk dibersihkan sehingga mendatangkan kesakitan/luka, perlukah saya meneruskan saja mandi wajib dgn meratakan air ke tempat itu. Sah tak mandi wajib
3. setelah air sampai ke badan, saya pun terus niat dlm hati. Sah tak mandi wajib dan jika rasa was was tentang niat itu, perlukan saya abaikan saja was was tu dan yakin mandi sah?
4. kalau lepas mandi wajib, rambut bau shampoo, sah tak mandi wajib saya?

lagi satu...selepas mandi dan badan kering, saya dapati diatas permukaan kuku tangan ada macam sisa sabun yg boleh dikikis...adakah ia boleh menghalang air semasa mandi?. masa mandi tak ada sisa sabun tu tapi selepas badan kering , baru terlihat
File Upload:

Salam

Mandi wajib dan mandi biasa tak ada bezanya, sama sahaja kecuali dengan NIAT. Mandi wajib kena ada niat dan meratakan air ke seluruh tubuh. Tak perlu mandi biasa dulu baru nak mandi wajib..

Kotoran yang sukar dibuang seperti cat dan gam getah, ia perlu dibuang. gunakanlah minyak atau apa yang boleh mengikiskan ia keluar. Kecuali tato yg ada pada badan, tidaklah perlu dikikis buangkan..

Abaikan was-was.. kalau dha niat tu, kira sahlah tu..

Bau syampo atau bau sabun tak apa.. sah mandi

Sisa sabun tidak menghalang air terkena badan, so sah mandinya.

tk


Visitor IP: 1.9.103.190

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA