Soalan: kemusykilan lafaz taklik suami
Nama*: | hamba Allah |
Alamat Email: | |
Tajuk*: | kemusykilan lafaz taklik suami |
Message*: | salam ustaz.. saya seorg isteri ade sedikit pertanyaan tentang lafaz taklik cerai suami. semalam kami bergaduh pada waktu malam. semasa bergaduh dan ketika saya naik marah, saya telah meminta suami untuk melepaskan saya.dan ketika marah, saya mengugut utk keluar rumah. suami telah berkata 'awak keluar rumah mlm ini, jatuh talak satu' . dan menyambung, 'hanya malam ini sahaja'. saya tergamam dan berdiri(saya belum keluar n jejak keluar dr pintu lagi). sya terus masuk ke bilik dan terus tidur.esok pagi nya, saya jadi takut untuk pergi bekerja dan takut nak keluar rumah. saya duduk di rumah sebab takut lafaz tue jadi sah. soalan saya di sini, adakah saya sudah diceraikan dan lafaz itu sah walaupun saya tak keluar rumah malam itu. dan adakah lafaz itu terbatal setelah terbit waktu pagi? boleh kah saya keluar rumah selepas ini dengan izin suami?.. saya dan suami tidak ada niat untuk berpisah.tolong saya ustaz, saya takut.. |
File Upload: | |
Salam
Jika benar lafaz taklik suami untuk malam itu sahaja, maka ia tidak jatuh talak kerana puan tidak keluar pada malam berkenaan. tk
Visitor IP: 123.136.106.31
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.