Tuesday, July 1, 2014

Soalan: jatuhkah talak ke jika?

Nama*:malina
Alamat Email:miyoko.comel@yahoo.com
Tajuk*:jatuhkah talak ke jika?
Message*:sy bertengkar dgn suami dan menyatakan mau pulang ke rumah keluarga..suami sy menyatakan "kalau dia keluar je pintu dpn tu kita cerai dia talaq 1"..pd hari itu juga ketika suami tiada..sy tetap keluar dan bawa anak pergi ke pondok bas..tp sy berpatah semula kerumah dan perkara ini sy beritahu suami..tp suami tidak mengaku pula apa dikatakannya.sy rasa bersalah dan cuba melarikan diri dr suami tidak tinggal sebumbung selama 2thn kerana risau pnikahan sudah tidak sah...perkara ni tidak pernah sy rujuk ke pejabat kadi..sekarang suami sudah mahu bernikah lain dan dia tidak mahu menceraikan sy..
1.persoalannya sudah jatuhkah talaq sblm ni ustaz?
2. Bolehkah sy rujuk ke pejabat kadi walaupun sudah 2thn berlaku?
3.permohonan cerai ape perlu sy mohon di mahkamah?
File Upload:

Salam

Ia adalah kes taklik, cerai taklk. Dalam kes ini, ia telah menajtuhkan talak 1 setelah puan melanggar taklik berkenaan pada hari kejadian. Sepatutnya ia boleh dirujuk kembali, tidak perlu berpisah sehingga dua tahun...

Setelah dua tahun tidak sebumbung, suami mahu berkahwin lagi.. ia tidak menjadi masalah kepada suami sebab puan bukanlah isterinya yang sah... itu apa yang saya faham daripada kes ini..

Puan diminta merujuk ke pejabat agama bagi membuat pengesahan perceraian taklik yang terjadi dahulu...

tk


Visitor IP: 183.171.171.62

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA