Nama*: | sab |
Alamat Email: | sabrina_kinah@yahoo.com |
Tajuk*: | sah ke tidak lafaz cerai |
Message*: | Assalamualaikum ustaz. Sya ada 1 pertanyaan. Sya tidak pasti sama ada lafaz cerai ni sah ke tidak. Sya dan suami pernah bergaduh dan dalam keadaan marah suami sya ada mengatakan jika engkau melangkah selangkah lagi maka bercerailah kita 2. Masa tu sya sedang menuruni tangga. Tetapi dia tidak menyatakan samada melangkah turun atau naik tangga. Sah ke tidak lafaz cerai itu jika sya melangkah naik anak tangga untuk masuk ke dalam rumah. |
File Upload: |
Salam.
Fuh dahsyatnya bergaduh.. sampai gerak selangkah pun jatuh talak..
Ini namanya lafaz taklik, suami bertaklik (mengaitkan sesuatu perkara) dengan cerai. Oleh kerana ucapan suami itu ialah gerak selangkah... Selangkah itu tidaklah pula dijelaskan sama ada selangkah turun tangga atau naik tangga...
Secara logiknya kita faham, tentulah ia selangkah turun tangga kerana ia mengarahkan kepada pergi sebaliknya jika selangkah naik, bererti kembali. Oleh itu, pada pendapat saya, tindakan puan melangkah naik ke atas bererti ia KEMBALI dan tidak jatuh talak.
wallahuaklam..
Lepas ni usah gaduh-gaduh lagi.. dan jangan mudah sangat nak kaitkan semua benda dengan cerai.. tak kaitkan dengan cerai pun tak apa.. gaduh je la habis habisan...
Visitor IP: 113.210.2.120
Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.