Nama*: | Lukman |
Tajuk*: | wirid timbul lintasan hati |
Message*: | Assalamualaikum ustaz, maaf banyak kali bertanya, kali ni penyakit lintasan hati mengenai penceraian hadir lagi dalam diri saya, seminggu-dua minggu ni banyak lintasan-lintasan yang hadir, diri saya jadi resah dan gelisah. Semalam lepas solat berjemaah bersama-sama isteri saya berwirid, dalam pada wirid itu timbul lintasan-lintasan hati, saya memikirkan kembali, mengulang-ulang kembali perkataan "talak" dan "cerai" didalam kepala tanpa ada lafaz, ia berlaku begitu kerana saya terlalu memikirkan kejadian lintasan hati yang terjadi sebelum ini sehingga terbawa-bawa dalam solat dan wirid, sampai sahaja pada ayat wirid, "wata a'lait" saya sebut tak betul ayat "wata a'lait" atau macam mulut tersasul dari sebut betul perkataan tu,terus sahaja lintasan mengenai talak menerjah, saya memikirkan perkataan "wata a'lait" tu sama macam perkataan talak, jadi saya mengulang perkataan "wata a'lait itu bagi memastikan ia tidak menyerupai perkataan talak. Pada masa saya tersalah sebut perkataan "wata a'lait" itu, tidak pula saya tersalah sebut atau keluar perkataan talak dari mulut saya. Selepas habis wirid dan doa, saya cuba ulang sekali lagi wirid itu, dan sampai kepada perkataan "wata a'lait" saya ulang banyak kali untuk memastikan perkataan itu tidak sama dengan perkataan talak, pada masa saya ulang itu tidak timbul niat penceraian/talak cuma saya hanya ulang untuk menyakinkan diri saya sahaja. Kemudian saya terus jadi bimbang adakah jatuh talak disebabkan saya mengulang-ulang,sebelum itu saya sudah berkata pada diri jangan dilayan atau diulang lagi terlalu ikutkan was-was itu, tapi saya berdegil didorong dengan was-was maka saya ulang wirid tersebut, adakah jatuh talak ustaz? |
File Upload: |
Rawati dan ubatilah penyakit was-was saudara. ia menyusahkan hidup saudara dan banyak yang tidak wajar ditimbulkan di sini kerana keraguan kepada diri sendiri.
Ubatilah penyakit ini dengan ilmu dan keyakinan.
tk
Visitor IP: 115.164.177.7
Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.