Soalan: nak Tanya
Nama*: | fazira |
Tajuk*: | nak Tanya |
Message*: | suami nak balik kg utk majlis perkhawinan sepupu nyaa..kami mmpunyai anak kecik dua tahun lelaki , dn 2 bulan anak perempuan . . sy bagitahu suami , bawak anak lelaki skli balik kg . . dua tiga hari sblum balik kg tu , suami Dan sy ada bertekak , suami kata kalau dia tinggal anak utk sy jaga , dia akan Naik mhkmh nanti ...
ada 2 3 Kali masa bertekar sebelum2 ni sy mntk diceraikan atas sbb tidak sefahaman tp suami xnak ...
masa sblum blk kg tu just suami kata klu jaga anak , dia akan naik mahkamah . jatuh ke talak saya ? ? |
File Upload: | |
Salam
Ugutan naik mahkamah, tidaklah menjatuhkan talak. TIada lafaz talak atau cerai disebutkan di sini, so tiadalah terjadinya talak.
BEnda kecil macam ini, kenalah berbincang dan beralah... tk
Visitor IP: 113.210.207.215
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.