Soalan: niat ugutan
Nama*: | hairuddin |
Tajuk*: | niat ugutan |
Message*: | Pada suatu hari belaku pergaduhan dengan isteri saya, kerana terlalu marah saya melafazkan cerai padanya tetapi ketika saya melafazkannya terlintas dihati tidak mahu bercerai dan saya mengubah niat dan lafaz saya menjadi "aku ceraikan jer la kau senang kang!" saya menambah perkataan kang itu adalah untuk menjadi satu ugutan... kerana segalanya berlaku dengan pantas saya bimbang adakah tertalak isteri saya walau pon saya telah mengubah niat dan lafaz ketika itu? |
File Upload: | |
Salam
Lafaz yg disebut jika benar ada perkataan 'senang kang'.. ia boleh menidakkan terjadinya talak dalam kes ini..
suami kena bijak dalm hal yg seperti ini... tk
Visitor IP: 210.48.222.9
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.