Tuesday, March 21, 2017

Soalan: talak tak pasti

Nama*:hasmizam
Tajuk*:talak tak pasti
Message*:assalamualaikum ustaz,

4 bulan lepas saya rasa ada terlafaz talak sendirian berdekatan isteri. isteri tak dengar pun. saya sendiri terkejut sbb tak sangka kenapa saya lafazkan begitu. mungkin disebabkan lintasan hati. saya telah menganggap jimak dengan isteri sebagai sebagai masih suami isteri dan telah lafaz rujuk (tetapi ustaz di tempat saya ckp lafaz rujuk saya tak sah sebab ada perkataan 'sekiranya tertalak'.
lama kelamaan sekarang ini bila saya merujuk sumber internet barulah saya mulai was was adakah lafaz saya itu secara jelas atau pun secara bisik. sebab saya jumpa ramai yang mempunyai masalah sama dengan saya. di laman ustaz pun ramai. saya telah mulai sangsi adakah dahulu itu lafaz jelas atau tidak.

adakah talak saya telah berlaku menurut ustaz? sebab saya lewat sedar benda ini. seolah olah saya mengambil kesempatan terhadap tempoh dah 4 bulan tetapi sebenarnya saya memang tak ingat. lgpun bila saya mengelamun memang saya perasan saya ada keluar nada berbisik.

saya dah merujuk ustaz lain tetapi saya takut tempoh masa menyebabkan maklumat saya tak tepat. tetapi sy bersumpah tiada niat cerai dan saya dah sedaya upaya mengingatkan kejadian.
File Upload:
Salam
Jika benar tiada lafaz yang jelas diungkapkan, tiada pula niat utk cerai, maka tidaklah terjadinya talak.

Cuma kelemahan diri berkaitan dengan was-was itu perlu diubati, ditangani segera. Usah layan penyakit seperti itu, ia menyusahkan hidup sdr jua.

tk

Visitor IP: 183.78.44.116

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA