Soalan: tak sengaja
Nama*: | suami keliru |
Tajuk*: | tak sengaja |
Message*: | salam ustaz,
ustaz apa hukumnya seorang suami terlafaz talak soreh tanpa sengaja dalam keadaan berbisik berseorangan? ada yang cakap secara berbisik sah sekiranya didengar oleh telinga sendiri. macamana nak tahu didengar oleh telinga sendiri? saya betul betul keliru. sebab saya tak pasti yang mana satu sy terlafaz. yang pasti saya tiada niat pun nak bercerai. kalau sy nk bercerai sy pasti akan ckp secara jelas. sy tak bergaduh pun |
File Upload: | |
Salam
Awak sendiri cakap, awak sendiri dengar lah...
Asalkan pada keyakinan anda bahawa lafaz berkenaan adalah jelas dan didengari oleh suami, maka ia sah terjadinya talak.
tk
Visitor IP: 183.78.45.161
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.