Nama*: | Halim Saad |
Tajuk*: | Talak |
Message*: | Saya ada memeriksa telefon isteri dan marah apabila membaca perbualan mesra beliau dengan lelaki lain sebelum kami berkahwin. Saya berbincang hal ini dengan beliau dan walaupun marah, tapi memaafkan beliau. Semasa saya bersendirian, saya ada mengelamun dan terlintas di dalam fikiran dialog ini (seperti dipaksa-paksa) "Jika awak sukakan dia, saya ceraikan awak". Isteri saya tidak sukakan lelaki itu. Saya was-was sama ada ayat di atas terbisik di hujung lidah atau tidak. Was-was mengatakan bahawa saya ada melafazkan. Tapi tidak jelas. Saya sangat sayangkan isteri saya dan tidak terlintas untuk menceraikan beliau. Apakah yang dimaksudkan dengan lafaz? Adakah bunyi bisikan di hujung lidah dikira sah talak? Buat pengetahuan ustaz, saya mengidap penyakit was-was dari sekolah, dan sekarang sedang cuba untuk mengatasinya. |
File Upload: |
Ubati dan rawati dahulu penyakit was-was saudara.. dengan sebab was-was, saudara sendiri tidak pasti sebutan itu didengar atau tidak didengar oleh saudara...
Pada saya, kita kembali kepada asal, asalnya ialah ia tidak dilafazkan atau tidak disebut, maka kita ambillah bahawa saudara tidak menyebutnya, hanya mungkin lintasan hati sahaja.
Maksud saya, taklik itu tidak berlaku dengan kesedaran bahawa ia tidak pasti sama ada disebut atau tidak..
tk
Visitor IP: 202.188.47.8
Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.