Soalan: Jatuh ke talak ?
Nama*: | Lina |
Tajuk*: | Jatuh ke talak ? |
Message*: | Salam ustaz saya ada pertanyaa dimana saya telah berkahwin dan suami saya telah curang dengan wanita lain dan saya telah membaca sms diantara suami dan wanita tersebut . Suami bersungguh2 ingin kan wanita tersebut walaupun status berkahwin dah diberitahu tapi wanita tersebut enggan dan hingga suami saya cakap "saya dan isteri saya dalam proses penceraian dan dah lafaz" tapi saya dengan suami memang tidak ada sebarang masalah hingga nak becerai . Soalanya jatuh talak ke ustaz ? Saya ada tanya suami memang dia ada niat ke nak ceraikan saya ? Dia cakap tak ada dan dia dia yakin dia tak ada lafazkan aku ceraikan kau .macam mana yea ustaz mohon penjelasan. |
File Upload: | |
Salam
Suami tidak melafazkan talak, maka tiadalah terjadinya talak.
itu dia main tipu sama itu gf dia jer..
tq
Visitor IP: 123.136.111.37
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.