Soalan: Lafaz cerai
Nama*: | IntanSuzen |
Tajuk*: | Lafaz cerai |
Message*: | Assalamualaikum ustaz,
Saya ada 2soalan utk pertanyaan
No1. Saya dan suami sering bertengkar kerana suami kerap main judi saya marah suami dan mengugut suami "Kalau abg tak berubah!saya pg pejabat agama hjg thn ini!" Suami pun jawab "Tak payah tunggu Hjung tahun,mlm ni pun boleh cerai!"
No2, saya dan suami bertengkar lagi dan saya mengajak suami ke pejabat agama utk kaunseling(mohon rumah tangga harmoni) lalu suami menjawab "takpayah pg kaunseling dgn kau ni terus cerai je!"
Untuk pengetahuan ustaz saya hamil 2bulan dan yg statement no 2 semasa itu suami tau saya sdg hamil,adakah sah lafaz talak kepada saya? Atau kena tggu saya bersalin 9bln? |
File Upload: | |
Salam
Suami belum melafazkan cerai secara benar, so tidak terjadi talak lagi.
Jika lafaz suami terang-terang menyatakan cerai, cerai akan terjadi walaupun isteri sedang mengandung.
KEna didik suami supaya menghindari judi.. bagi dia kesedaran agama dulu.. jangan marah sekarang.. didik dulu..
tk
Visitor IP: 58.27.64.34
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.