Soalan: terkeluar perkataan 'ta'
Nama*: | Mamat |
Tajuk*: | terkeluar perkataan 'ta' |
Message*: | Assalamualaikum ustaz, saya nak tanya jatuhkah talak jika saya sebut 'ta' kemudian saya sebut 'travel market fair', masa tu saya tengah drive kemudian terpandang banner 'travel market fair', so saya tak tahu masa tu sebab apa saya tersebut perkataan 'ta', sebelum tu datang lintasan hati mengenai penceraian, tapi saya kawal laa lintasan-lintasan tu, saya tak tahu macamana boleh keluar perkataan 'ta' tu, adakah sebab saya dipengaruhi lintasan hati yang berlaku sebelum ini atau memang saya tersasul sebut perkataan 'travel' tu. Masa saya cakap tu saya tak ingat dah apa yang saya tengah fikirkan atau ada lintasan penceraian dalam fikiran saya atau tidak. Bolehkah jatuh talak ustaz? |
File Upload: | |
Salam
Lafaz talak hanya akan sah dengan lafaznya yang jelas. jika sebut yang selain itu, tidaklah terjadinya talak.
Yang peliknya kenapa suami ini hanya memikirkan hendak ceraikan isteri sahaja? kenapa dah tak sayang ke kepada isteri? Bertaubatlah..
tk
Visitor IP: 60.50.233.59
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.