Soalan: Keliru dan ingin tahu
Nama*: | Qayyum rizki |
Tajuk*: | Keliru dan ingin tahu |
Message*: | Salam ustaz,ingin bertanya..adakah boleh dan kebiasaan air mazi juga boleh keluar selepas bangun daripada tidur..saya letih dan bingung masalah saya ini..saya bangun daripada tidur dan check pada kemaluan saya pada mulanya tidak ada apa2..kemudian saya nak lap dengan kain pada kemaluan saya lalu ternampak ada cairan tidak bewarna,bersilau2,bertali tipis dan bila cuba hidu tidak terhidu apa2..saya ini pula ada sakit was2,tapi saya abaikan saja dan cuci dengan air paip seperti biasa..sebab berpandukan hukum fiqh,air mani mestilah keluar dengan rasa nikmat,lazat..mempunyai bau yang kuat,putih keruh serta rasa keluarnya mmncut..yang saya nampak sekarang ini pada mula bangun tidak ada apa kemudian dalam beberapa minit tu nampak cairan pada bibir kemaluan itu..ia leleh dan keluar disitu..saya telitikan ia tidak bewarna,tidak ada bau dan bertali..itu ciri air mazi kan ustaz? Betul tak yang saya abaikan ini dan tidak ikut was2 yang ganggu saya ini..mohon ustaz tolong saya..tk |
File Upload: | |
Salam
Cairan yang keluar tanpa adanya unsur ghairah atau kemuncak, adalah air mazi. Memadai dengan basuhan sahaja.
Usah terleka dengan keraguan dan was-was. Belajarlah dengan ilmu yg benar barulah anda akan yakin dan pasti..
Visitor IP: 107.167.113.34
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.