Nama*: | Hamba Allah. |
Tajuk*: | Jatuh ke talak? |
Message*: | Salaam ustaz. Saya nak tanya. Saya dan suami bertengkar.. Pada satu malam tu, saya ada mintak cerai dari dia.. Suami jawab, dah2 lah cakap benda merepek waktu macamni, sy bosan lah dengar, sy nak tido! Lepastu, sy kata pada suami lagi. Saya nak balik rumah mak ayah saya lah. Sy tak tahan asyik macamni je. Sy rasa nak balik dulu la. Suami balas lagi dgn menjawab, kalau awak nak balik awak balik lah. Suka hati awaklah. Malas nak layan. Saya pun jawab, awak tu cakap jer. Masa gaduh bagi saya balik, suruh sy balik lah, dah tak gaduh nanti awak bukannya bagi pun saya balik. Last sekali suami pun jawab, dahtu takpelah saya tunaikan apa awak mintak. Saya tanya suami lagi. Awak tunaikan permintaan sy yg mana? Suami jawab, tadi awak kata nak balik, sy tunaikan lah permintaan awak kalau betul awak nak balik. Saya ingat kan suami saya tunaikan permintaan sy yg meminta cerai. Suami kata bukan. Sebab dia hanya memaksudkan kata katanya mengenai permintaan sy yg ingin balik ke rumah mak ayah saya sahaja. Suami kata takde apa2 yg berlaku. Tp sy tak faham. Soalan saya ustaz. Adakah sudah jatuh talak ke atas saya? |
File Upload: |
Kena terima pengakuan suami. Suami kata kebenaran utk balik, maka itu sahaja yang disahkan.
Lain kali usah gaduh lagi dengan suami, kalau gaduh pun usahlah dibawa kes cerai berai..
tk
Visitor IP: 115.164.212.181
Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.