Soalan: Tak tahu ada cakap atau tidak
Nama*: | Rodhi |
Tajuk*: | Tak tahu ada cakap atau tidak |
Message*: | Assalamualaikum ustaz, saya bercakap dalam hati mengenai talak, memang saya yakin saya bercakap dalam hati, disebabkan saya berpenyakit was-was dan selalu datang lintasan hati, saya keluarkan bunyi berdehemm dan macam-macam bunyi lagi untuk mempastikan saya tidak cakap apa yang saya cakap dalam hati
Kemudian tiba-tiba datang perasaan atau mungkin saya tersedar bahawa ada suara/perasaan yang mengatakan saya ada cakap "cerai", saya tak pasti saya tercakap/tersasul atau perasaan yang mengatakan saya berkata "cerai" itu hanya suara dalam kepala/pemikiran saya, terus saya jadi berdebar-debar, saya cuba ingat balik apa yang berlaku saya yakin tidak ada bunyi suara/lafaz yang keluar dari mulut saya.
Saya jadi keliru sebab saya dah tak tau yang mana satu betul, mula-mula saya memang bercakap dalam hati sahaja, kalau saya tersasul/tercakap mesti saya dengar, seingat saya hanya bunyi-bunyian yang bukan suara sahaja yang keluar dari mulut saya, bukan suara yang berlafaz.
Jatuh ke talak ustaz? |
File Upload: | |
Salam
Jika sdr tiada berniat cerai atau ada tujuan untuk cerai, cakapan yg tidak jelas seperti itu tidaklah menjatuhkan talak.
Usah layan penyakit was-was.
tk
Visitor IP: 1.9.96.40
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.