Tuesday, March 28, 2017

Soalan: Perbualan Telefon

Nama*:Ingin Tahu
Tajuk*:Perbualan Telefon
Message*:السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Ustaz, sy seringkali didatangi dengan lintasan hati tentang ucapan talak... Tetapi hanya di dalam hati... Ianya datang tiba-tiba kdgkala dpt dikawal kdgkala tidak... Soalan sy:
1. Ketika ingin mengakhiri perbualan telefon tiba-tiba terdapat lintasan hati lafaz soreh dlm hati serentak perbuatan mematikan talian, sedangkan tiada pergaduhan dan hanya berbual biasa, adakah jatuh talak?
2. Isteri membebel & suami merasa rimas lalu berkata "mlsla nk bercakap" & trus mematikan talian dgn niat utk meredakan keadaan tetapi terdpt lintasan hati lafaz soreh & membuatkan suami keliru akan niat yg sebenar, adakah jatuh talak?
3. Adanya lintasan hati lafaz soreh serentak dgn bunyi angin @ bukaan bibir yg pasti bkan lafaz perkataan adakah dikira sebagai lafaz?
InsyaAllah ustaz sy amat menyayangi isteri sy & dlm setiap situasi tidak pernah terniat utk berpisah... Tetapi keraguan ttp wujud kerana adanya lintasan hati... Harap ustaz dpt menjawab 3 soalan sy tersebut...
Terima kasih...
File Upload:
Salam

Lintasan hati usah dilayan. Ubati dan rawatilah segera. Ia hanya mengganggu hidup saudara.

Talak hanya akan jatuh dengan lafaz yang jelas dan terang, difahami dan didengar oleh diri sendiri...

Hindari gangguan dalam diri saudara.

tk

Visitor IP: 42.153.46.15

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA