Monday, March 6, 2017

Soalan: Pengesahan

Nama*:HANNA
Tajuk*:Pengesahan
Message*:Assalamualaikum, sy ingin membuat pertanyaan, apa yang harus atau cara yang sepatuntnya sy lakukan jika ingin memujuk suami membatalkan niatnya. 5 tahun sudah (2012), saya bergaduh 1 keluarga (keluarga sebelah saya dan diri saya dan suami). Walaupun sy tahu suami saya pun bersalah, saya ikut suami saya. suami sy telah bercakap dgn saya , jika saya jejakkan kaki kedalam rumah mak saya, jatuhlah talak pada sy. Walaupun suami membenarkan anak2 balik kg, tapi saya tak masuk dalam rumah. Apa yg patut saya lakukan untuk membatalkan niat suami saya. sy tahu masa dia berkata macam tu dia dalam keadaan mrh wlaupun smpai sekarang sebab dia seorg pendendam. bantulah saya
File Upload:
Salam

Taklik secara umumnya tidak boleh ditarik balik. Jika itu arahan suami, kena ikut je la...

KEcuali jika terjadinya talak, maka taklik dalam perkahwinan pertama itu akan terbatal dengan sendiri.

Bawa kes ini ke mahkamah utk dapatkan penyelesaian terbaik. tk

Visitor IP: 210.187.216.247

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA