Saturday, March 18, 2017

Soalan: tersebut talak

Nama*:hamba allah
Tajuk*:tersebut talak
Message*:assalamualaikum ustaz,
1.saya kerap terlintas lintasan hati untuk melafaz talak, tanpa sengaja terlafaz talak "sahaja....(lafaz soreh)...isteriku". sambil melihat isteri. keyakinan saya lebih kepada bukan lafaz lidah. tetapi kemungkinan lafaz berbisik. yang merisaukan saya ialah pertambahan perkataan "sahaja" seolah olah niat. lintasan niat mungkin ada tetapi niat qasad memang saya yakin tiada. adakah telah berlaku talak? saya amat yakin lafaz tidak secara jelas tetapi lama kelamaan dah jadi tidak pasti.
untuk makluman ustaz saya dalam proses pemulihan dalam bab lintasan hati dan was was.
2. bolehkan pahala kehadiran saya ke kuliah kuliah terutama kuliah maghrib dikongsi oleh isteri. sebab isteri nak ikut tapi terpaksa menggantikan saya mengurus anak anak
tq
File Upload:
Salam

Ubatilah dan rawatilah penyakit was-was itu. Usah dilayan kerana ia adalah mainan syaitan. Islam itu agama yg mudah, hanya syaitan sahaja hendak merosakkan amal manusia.

Jika tiada lafaz yg jelas diucapkan,maka tiadalah terjadinya talak.

Isteri dapat pahala menjaga anak, suami dapat pahala ke masjid belajar dan solat berjemaah. suami kena kongsi ilmu yang dia dapat dengan isteri..

selamat berbahagia..

tk

Visitor IP: 203.106.202.114

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA