Wednesday, March 29, 2017

Soalan: surau

Nama*:ahmad
Tajuk*:surau
Message*:asalamualaikum ustaz,

saya perantau. insyaallah akan terus menetap di kediaman sekarang. berhampiran hadapan rumah saya ada sebuah surau taman. tetapi saya tidak bersembahyang di situ sebab saya tertarik dengan surau di belakang rumah saya yang jaraknya 2 kali ganda jauhnya dari surau taman. alasan saya ke surau belakang rumah asalnya sebab hari hari ada kuliah maghrib, huraian kitab dan kadang kala jemaah tabligh menyampaikan tazkirah. surau ini turut pro sebuah parti politik islam. tetapi amat jarang ada percampuran dengan politik. surau ini juga diasaskan oleh penduduk kampung dan oleh kerana saya perantau sama tertarik dengan cara hidup disini.
surau hadapan rumah saya pula adalah kebanyakan bukan penduduk asal. kuliah maghrib pun jarang ada. mungkin seminggu sekali.
soalan saya bolehkah saya melangkau berkunjung ke surau belakang? sebab kedua dua surau boleh didengar azan dan kuliah dari rumah saya. dan saya takut tertinggal helaian tafsiran kitab. saya bukannya baik sangat sebelum berhijrah. tapi lepas berhijrah saya risau akan rugi sgt kalau tertinggal. salam
File Upload:
Salam

Solatlah di masjid atau surau berjemaah. SOlatlah di mana yang anda berasa selesa, kerana keselesaan itu bisa mendamaikan dan mengkhusukkan solat.

Sesekali jengah la juga surau yang dekat taman tu... cuba kita hidupkan jemaah di situ.. kalau tak ada siri kuliah, kita cadangkan.. kalau tak imarah, kita imarahkan...

ok..

Visitor IP: 115.133.248.198

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA