Friday, March 31, 2017

Soalan: cakap nk berbaik semula

Nama*:zul
Tajuk*:cakap nk berbaik semula
Message*:saya dah bercerai,masa dalam eddah saya cakap nak berbaik semula dgn bekas isteri(niat nak rujuk) tp bekas isteri cakap nanti dulu......skrg dah habis eddah ,adakah dikira rujuk dan apakah tindakan yg sepatutnya yg perlu saya buat skrg. terima kasih
File Upload:
Salam

Jika suami bersungguh-sungguh dan benar-benar melafazkan rujuk (berbaik semula) dalam tempoh edah, maka rujuknya adalah sah. Tetapi kadang kala suami seakan memberi pilihan kepada isteri rujuk atau tidak, maka ia tidaklah dikira rujuk yang sah.

Apabila habis edah, maka hendaklah diakadkan semula. Kenalah ada wali dan saksi akad sebagaimana dalam majlis akad nikah biasa.

tk

Visitor IP: 58.26.32.62

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: MOHON PENCERAHAN

Nama*:FADLIANA
Tajuk*:MOHON PENCERAHAN
Message*:As salam ustaz,
Saya ingin bertanya.. Ibu bapa saya telah bercerai dan ayah saya telah berkahwin lain. Dia memiliki seorang anak perempuan yang berusia 10 tahun dan seorang anak perempuan tiri berusia 18 tahun.Manakala ibu saya tinggal bersama adik,saya dan suami saya. Suatu hari ayah saya telah terjatuh dan kena strok. Disebabkan ayah saya tidak mampu bergerak, saya berasakan untuk membawa ayah saya tinggal sementara dengan saya dengan niat untuk membuat check up di bandar. Hasrat saya ini dipersetujui oleh adik beradik belah ayah saya dan mak tiri saya kerana keadaan kewangan yang agak sukar. Semasa saya pergi kerja, ayah saya akan dijaga oleh adik saya dan setelah saya pulang berkerja ,ayah saya akan dijaga oleh saya dan suami.
Persoalan saya kini, adakah menjadi kesalahan hasrat saya ini disebabkan mak saya juga tinggal bersama saya?
File Upload:
Salam

Alhamdulillah dan bersyukur mendapat anak  yang baik seperti puan. Teruskan usaha merawat dan menjaga ayah puan sebagaimana dirancang.

Soal ibu yang berada di dalam rumah itu, tidaklah menjadi masalah. Hanya dijagai batasan pergaulan sahaja kerana mereka bukan lagi berstatus suami isteri.

Jagalah sebaiknya bapa anda.

tk

Visitor IP: 121.121.104.98

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Jatuh ke talak?

Nama*:Siti
Tajuk*:Jatuh ke talak?
Message*:Assalamualaikum ustaz, saya dan suami bersembang mengenai pasangan yang bercerai talak tiga. Suami saya tanya 'kenapa boleh bercerai sampai talak tiga?' Saya jawab 'mereka dah banyak kali gaduh bukan sekali bercerai'. Tiba-tiba suami cakap dalam nada mengejek tanpa memandang saya. 'aku dah bosan dengan kau aku ceraikan kau.'
Saya terdiam. Saya tanya, 'abg cakap macam tu bukan maksudkan saya kan? Suami saya balas 'abang cuma cerita pasal merekalah.'

Soalan saya jatuh ke talak ustaz? Suami cakap tapi tidak bermaksudkan kau tu saya.
File Upload:
Salam

Tidaklah terjadinya talak kerana suami berkata demikian bukan dengan niat utk cerai, dan tidak ditujukan kepada isterinya.

tk

Visitor IP: 183.171.65.89

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Thursday, March 30, 2017

Soalan: sekiranya saya keluar dari rumah akan jatuh talak

Nama*:anna
Tajuk*:sekiranya saya keluar dari rumah akan jatuh talak
Message*:ustaz..saya bergaduh dengan suami saya sbb suami saya curang..dia meletakkan syarat kalau saya keluar dari rumah pulang ke rumah keluarga saya.talak jatuh...apa yang saya perlu buat ustaz
File Upload:
Salam

Buat masa ini, jangalah pergi ke rumah keluarga puan kerana ia akan menjatuhkan talak. Taklik suami adalah sah oleh itu puan kenalah turuti kehendaknya buat masa ini.. tk

Visitor IP: 183.78.127.31

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Talak

Nama*:Anna
Tajuk*:Talak
Message*:Assalamualaikum Tuan,
Suami ada menyebut "aku takkan 'main' kau lagilah" ketika sedang marah. 'Main' bermaksud hubungan batin. Adakah jatuh talak?
Mohon penjelasan tuan.

Terima kasih.
File Upload:
Salam

Tidaklah ia menjatuhkan talak..

ia juga bukannya sumpah.. sekadar rasa marah suami tu.. pujuklah suami sebaiknya..

tk

Visitor IP: 203.217.176.46

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Pengesahan perkataan bosan

Nama*:Melati
Tajuk*:Pengesahan perkataan bosan
Message*:Salam..
Saya kuat cemburu..sehingga saya selalu baca msg d hp suami..dan suami tak kisah akan hal itu..tp saya marah suami sbb msg rakan sekerja bukan hal kerja..dia dah janji tak kan msg mcm tu lagi..tp dia buat jugak..bila saya marah..suami cakap aku dah "BOSAN" dgn kau ni..adakah jatuh talak??
File Upload:
Salam

BOSAN, tidaklah terjadinya talak..

Seorang isteri tidak boleh terlalu mengawal pergerakan suami, berikan dia kebebasan dan haknya sebagai individu yang hendak bersosial (dalam batasan agama). JIka isteri terlalu mengongkong, suami akan jadi bosan dan benci kepada isteri. Akhirnya nanti isteri akan ditinggalkan.

Raikan sedikit kebebasan suami dalam hubungan berkeluarga.

tk

Visitor IP: 1.9.181.241

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Wednesday, March 29, 2017

Soalan: surau

Nama*:ahmad
Tajuk*:surau
Message*:asalamualaikum ustaz,

saya perantau. insyaallah akan terus menetap di kediaman sekarang. berhampiran hadapan rumah saya ada sebuah surau taman. tetapi saya tidak bersembahyang di situ sebab saya tertarik dengan surau di belakang rumah saya yang jaraknya 2 kali ganda jauhnya dari surau taman. alasan saya ke surau belakang rumah asalnya sebab hari hari ada kuliah maghrib, huraian kitab dan kadang kala jemaah tabligh menyampaikan tazkirah. surau ini turut pro sebuah parti politik islam. tetapi amat jarang ada percampuran dengan politik. surau ini juga diasaskan oleh penduduk kampung dan oleh kerana saya perantau sama tertarik dengan cara hidup disini.
surau hadapan rumah saya pula adalah kebanyakan bukan penduduk asal. kuliah maghrib pun jarang ada. mungkin seminggu sekali.
soalan saya bolehkah saya melangkau berkunjung ke surau belakang? sebab kedua dua surau boleh didengar azan dan kuliah dari rumah saya. dan saya takut tertinggal helaian tafsiran kitab. saya bukannya baik sangat sebelum berhijrah. tapi lepas berhijrah saya risau akan rugi sgt kalau tertinggal. salam
File Upload:
Salam

Solatlah di masjid atau surau berjemaah. SOlatlah di mana yang anda berasa selesa, kerana keselesaan itu bisa mendamaikan dan mengkhusukkan solat.

Sesekali jengah la juga surau yang dekat taman tu... cuba kita hidupkan jemaah di situ.. kalau tak ada siri kuliah, kita cadangkan.. kalau tak imarah, kita imarahkan...

ok..

Visitor IP: 115.133.248.198

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Tuesday, March 28, 2017

Soalan: Talak

Nama*:Halim Saad
Tajuk*:Talak
Message*:Saya ada memeriksa telefon isteri dan marah apabila membaca perbualan mesra beliau dengan lelaki lain sebelum kami berkahwin.

Saya berbincang hal ini dengan beliau dan walaupun marah, tapi memaafkan beliau.

Semasa saya bersendirian, saya ada mengelamun dan terlintas di dalam fikiran dialog ini (seperti dipaksa-paksa) "Jika awak sukakan dia, saya ceraikan awak".

Isteri saya tidak sukakan lelaki itu.

Saya was-was sama ada ayat di atas terbisik di hujung lidah atau tidak. Was-was mengatakan bahawa saya ada melafazkan. Tapi tidak jelas. Saya sangat sayangkan isteri saya dan tidak terlintas untuk menceraikan beliau.

Apakah yang dimaksudkan dengan lafaz? Adakah bunyi bisikan di hujung lidah dikira sah talak?

Buat pengetahuan ustaz, saya mengidap penyakit was-was dari sekolah, dan sekarang sedang cuba untuk mengatasinya.
File Upload:
Salam

Ubati dan rawati dahulu penyakit was-was saudara.. dengan sebab was-was, saudara sendiri tidak pasti sebutan itu didengar atau tidak didengar oleh saudara...

Pada saya, kita kembali kepada asal, asalnya ialah ia tidak dilafazkan atau tidak disebut, maka kita ambillah bahawa saudara tidak menyebutnya, hanya mungkin lintasan hati sahaja.

Maksud saya, taklik itu tidak berlaku dengan kesedaran bahawa ia tidak pasti sama ada disebut atau tidak..

tk



Visitor IP: 202.188.47.8

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Jatuh ke talak ?

Nama*:Lina
Tajuk*:Jatuh ke talak ?
Message*:Salam ustaz saya ada pertanyaa dimana saya telah berkahwin dan suami saya telah curang dengan wanita lain dan saya telah membaca sms diantara suami dan wanita tersebut . Suami bersungguh2 ingin kan wanita tersebut walaupun status berkahwin dah diberitahu tapi wanita tersebut enggan dan hingga suami saya cakap "saya dan isteri saya dalam proses penceraian dan dah lafaz" tapi saya dengan suami memang tidak ada sebarang masalah hingga nak becerai . Soalanya jatuh talak ke ustaz ? Saya ada tanya suami memang dia ada niat ke nak ceraikan saya ? Dia cakap tak ada dan dia dia yakin dia tak ada lafazkan aku ceraikan kau .macam mana yea ustaz mohon penjelasan.
File Upload:
Salam

Suami tidak melafazkan talak, maka tiadalah terjadinya talak.

itu dia main tipu sama itu gf dia jer..

tq

Visitor IP: 123.136.111.37

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Perbualan Telefon

Nama*:Ingin Tahu
Tajuk*:Perbualan Telefon
Message*:السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Ustaz, sy seringkali didatangi dengan lintasan hati tentang ucapan talak... Tetapi hanya di dalam hati... Ianya datang tiba-tiba kdgkala dpt dikawal kdgkala tidak... Soalan sy:
1. Ketika ingin mengakhiri perbualan telefon tiba-tiba terdapat lintasan hati lafaz soreh dlm hati serentak perbuatan mematikan talian, sedangkan tiada pergaduhan dan hanya berbual biasa, adakah jatuh talak?
2. Isteri membebel & suami merasa rimas lalu berkata "mlsla nk bercakap" & trus mematikan talian dgn niat utk meredakan keadaan tetapi terdpt lintasan hati lafaz soreh & membuatkan suami keliru akan niat yg sebenar, adakah jatuh talak?
3. Adanya lintasan hati lafaz soreh serentak dgn bunyi angin @ bukaan bibir yg pasti bkan lafaz perkataan adakah dikira sebagai lafaz?
InsyaAllah ustaz sy amat menyayangi isteri sy & dlm setiap situasi tidak pernah terniat utk berpisah... Tetapi keraguan ttp wujud kerana adanya lintasan hati... Harap ustaz dpt menjawab 3 soalan sy tersebut...
Terima kasih...
File Upload:
Salam

Lintasan hati usah dilayan. Ubati dan rawatilah segera. Ia hanya mengganggu hidup saudara.

Talak hanya akan jatuh dengan lafaz yang jelas dan terang, difahami dan didengar oleh diri sendiri...

Hindari gangguan dalam diri saudara.

tk

Visitor IP: 42.153.46.15

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: adakah jatuh talak

Nama*:elisya
Tajuk*:adakah jatuh talak
Message*:assalamualaikum ustaz
suami pernah whatapps saya dulu jika saya membantah cakap suami suami akan jatuhkan talak..selepas dia whatapps tu macam banyak Kali sy membantah katanya..adakah jatuh talak kepada saya?
File Upload:
Salam

Masalahnya suami ini kurang cerdik dalam bab hukum hakam agama, bab talak terutamanya. jika dia pandai sikit, dia tak akan buat taklik seperti itu, kerana taklik seperti itu amat mudah jatuh talak...

Jika benar suami bertaklik seperti itu, maka pelanggaran taklik oleh isteri akan menjatuhkan talak.

Talak akan terjadi pada kali pertama isteri melanggari taklik berkenaan.

Sila rujuk kes ini ke pejabat agama.


tk

Visitor IP: 183.171.181.204

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: pengesahan

Nama*:zarazya
Tajuk*:pengesahan
Message*:Salam.

Suami: ko dgn aku mmg tk ada apa2 la pasni..
Isteri: ok tq so much. so tk perlu mggu dpn. Tggu je surat pengesahan lafaz ko ni. skrg aku bkn bini ko ye. Secara rasmi nnt lps aku dpt surat cerai dr pjbt agama. Ko tggu surat.

Suami: ok

Dah jatuh talak ke ust?
File Upload:
Salam

Jika lafaz berkenaan dengan NIAT suami untuk cerai, maka jatuhlah talak. Tetapi jika dia tak berniat cerai, sekadar tak ada apa-apa kes atau hal.. maka tidaklah terjadinya talak. Kena pastikan daripada suami..

Yang isteri jawab panjang tu tak ada maknanya.. hehe...

tk

Visitor IP: 211.24.250.130

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Monday, March 27, 2017

Soalan: JATUH ATAU TIDAK TALAQ

Nama*:ROSLINAH NAZALI
Tajuk*:JATUH ATAU TIDAK TALAQ
Message*:SUAMI SAYA MENGHANTAR MESEJ KEPADA SAYA DAN MENYATAKAN JIKA DIA ( KAWAN LAMA ) BOLEH MEMBAHAGIAKAN SAYA MAKA DIA LEPASKAN SAYA UNTUK DIA ( KAWAN LAMA )...APAKAH JATUH TALAQ ATAU TIDAK
File Upload:
Salam

Ia tidak menjatuhkan talak selagi suami tidak melafazkan secara jelas.

tk

Visitor IP: 219.92.59.157

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Sunday, March 26, 2017

Soalan: Lafaz cerai

Nama*:IntanSuzen
Tajuk*:Lafaz cerai
Message*:Assalamualaikum ustaz,
Saya ada 2soalan utk pertanyaan

No1. Saya dan suami sering bertengkar kerana suami kerap main judi saya marah suami dan mengugut suami "Kalau abg tak berubah!saya pg pejabat agama hjg thn ini!" Suami pun jawab "Tak payah tunggu Hjung tahun,mlm ni pun boleh cerai!"

No2, saya dan suami bertengkar lagi dan saya mengajak suami ke pejabat agama utk kaunseling(mohon rumah tangga harmoni) lalu suami menjawab "takpayah pg kaunseling dgn kau ni terus cerai je!"

Untuk pengetahuan ustaz saya hamil 2bulan dan yg statement no 2 semasa itu suami tau saya sdg hamil,adakah sah lafaz talak kepada saya? Atau kena tggu saya bersalin 9bln?
File Upload:
Salam

Suami belum melafazkan cerai secara benar, so tidak terjadi talak lagi.

Jika lafaz suami terang-terang menyatakan cerai, cerai akan terjadi walaupun isteri sedang mengandung.

KEna didik suami supaya menghindari judi.. bagi dia kesedaran agama dulu.. jangan marah sekarang.. didik dulu..

tk



Visitor IP: 58.27.64.34

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Saturday, March 25, 2017

Soalan: beza lafaz lidah dan bisik

Nama*:hamba allah
Tajuk*:beza lafaz lidah dan bisik
Message*:asalam ustaz,

a) macamana nk membezakan antara yang didengari dgn yg tk didengari oleh telinga sendiri?

b) sy tk pasti dgn lafaz talak samada ada dengar atau tidak oleh telinga sendiri. adakah boleh sy anggap ragu atau was was? apa yg perlu sy ambik pegangan? talak terjadi atau tidak?

c) sy ada rujuk panel jakim kalau kalau lafaz talak itu sah boleh kah sy menganggap rujuk menggunakan mazhab lain sebagai rujuk (seperti bersetubuh). panel bgtau mereka guna mazhab shafie tetapi mazhab lain juga di ambil kira sekiranya perlu. benarkah?

lafaz a dan b sy terucap tanpa niat, tanpa sengaja asalnya nak cakap dalam hati (lintasan) tp seperti ada terbunyi yg difahami tetapi tak pasti didengari atau tidak didengari.
File Upload:
Salam

Lafaz talak hendaklah jelas didengar oleh diri sendiri, telinga sendiri. oleh itu, jika ia tidak jelas, tidaklah dikira sebagai talak yang sah.

Ia seperti ketika melafazkan akad nikah dahulu yang terang lagi jelas.

Jika tiada terjadinya talak, maka tidaklah perlu kepada rujuk.

Elakkan was-was kerana ia merosakkan amal saudara.

tk

Visitor IP: 175.138.109.168

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Friday, March 24, 2017

Soalan: Ingin tahu

Nama*:Fahami
Tajuk*:Ingin tahu
Message*:Salam tuan,
Apa hukum kalau suami tak yakin tentang lafaz talaknya samada adakah didengar oleh telinga sendiri atau tidak didengar. Ayatnya sharih tetapi tanpa niat. Terlafaz sebab diganggu lintasan hati.

Harap tuan dapat bantu saya.

Salam. Tk
File Upload:
Salam

Kena pekakkan telinga dulu, butakan hati pula...

Op maaf yer.. kadang kala kita pun rasa macam malas dah nak jawab isu yang sama seperti ini..

Talak konsepnya mestilah jelas didengar oleh telinga sendiri, baharulah sah jatuhnya talak. Jika lafaz itu tidak jelas atas perkiraan suami sendiri, maka tiadalah terjadinya talak.

tk

Visitor IP: 183.78.47.193

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Thursday, March 23, 2017

Soalan: lafaz cerai

Nama*:ingin tahu
Tajuk*:lafaz cerai
Message*:salam ustaz..nak tanya sikit..sy ada bertengkar dgn isteri.dalam keadaan marah sya ad menyatakan (hanya untuk ugutan n menakut-nakutkan) kalau engkau keluar rumah aku ceraikan engkau..tapi dalam keadaan marah..dalam hati nak cakap kalau engkau balik rumah mak ko tanpa izin aku.aku cerai kan kau..tapi yg terkeluar kalau engkau keluar rumah aku ceraikan kau.jatuh talak tak?
File Upload:
Salam

Jika isteri keluar rumah pada ketika itu, maka terjatuhlah talak atas hukum taklik talak.

Taklik terjadi atas sebarang perkara yang dikaitkan dengan cerai. Usah bermain dengan taklik kerana ia terlalu mudah meruntuhkan rumah tangga suami isteri .

tk

Visitor IP: 8.37.232.54

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: taqlik

Nama*:sarah
Tajuk*:taqlik
Message*:Assalam ustaz.. Maaf sebelum ini sy pernah bertanya suami ada lafaz taqlik sekiranya dia tngok video dan gambar lucah akan jatuh talak.. Tp dia tak mengaku..carian dlm hp penuh gmbar perempuan hanya memakai pakaian dalam... Adakah begitu bkn gmbar lucah... Adakah jatuh talak walaupn dia tidak mengaku.... Perlukah sy pergi ke mahkamah?

Terima kasih
File Upload:
Salam

Oleh kerana suami telah melakukan taklik 'jika dia tengok gambar lucah maka terjadilah talak'.. maka sahlah taklik berkenaan. Bila mana dalam hp nya banyak gambar lucah, maka sahlah terjadinya talak.

Elok perkara ini dibawa ke mahkamah (pejabat agama) bagi mendapatkan kepastian dan hukum yang soreh.

tk

Visitor IP: 113.210.98.62

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: tak sengaja

Nama*:suami keliru
Tajuk*:tak sengaja
Message*:salam ustaz,

ustaz apa hukumnya seorang suami terlafaz talak soreh tanpa sengaja dalam keadaan berbisik berseorangan? ada yang cakap secara berbisik sah sekiranya didengar oleh telinga sendiri. macamana nak tahu didengar oleh telinga sendiri? saya betul betul keliru. sebab saya tak pasti yang mana satu sy terlafaz. yang pasti saya tiada niat pun nak bercerai. kalau sy nk bercerai sy pasti akan ckp secara jelas. sy tak bergaduh pun
File Upload:
Salam

Awak sendiri cakap, awak sendiri dengar lah...

Asalkan pada keyakinan anda bahawa lafaz berkenaan adalah jelas dan didengari oleh suami, maka ia sah terjadinya talak.

tk

Visitor IP: 183.78.45.161

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Tuesday, March 21, 2017

Soalan: taklik

Nama*:cty
Tajuk*:taklik
Message*:Assalam ustaz, saya nak tahu, jatuh tak talak bila kami berdua bergaduh then suami cakap " kalau kau blok aku lagi( wasap) kita cerai " yang kedua, " kalau kau tak angkat telefon lagi sekali, kita cerai" kalau lah saya busy buat kerja then tak angkat telefon tu, jatuh ke talak tu?
Terima kasih
File Upload:
Salam

Itu adalah lafaz taklik yang dibuat oleh suami. Suami ini kurang bijak ttg agama, benda yang kecil pun hendak dikaitkan dengan cerai, maka terjadilah hukum taklik.

Andainya isteri blok wassap dan tidak angkat telefon dalam tempoh yg pada kelazimannya 'lama', maka terjatuhlah talak taklik ke atas isteri.

tk

Visitor IP: 202.60.56.251

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: talak tak pasti

Nama*:hasmizam
Tajuk*:talak tak pasti
Message*:assalamualaikum ustaz,

4 bulan lepas saya rasa ada terlafaz talak sendirian berdekatan isteri. isteri tak dengar pun. saya sendiri terkejut sbb tak sangka kenapa saya lafazkan begitu. mungkin disebabkan lintasan hati. saya telah menganggap jimak dengan isteri sebagai sebagai masih suami isteri dan telah lafaz rujuk (tetapi ustaz di tempat saya ckp lafaz rujuk saya tak sah sebab ada perkataan 'sekiranya tertalak'.
lama kelamaan sekarang ini bila saya merujuk sumber internet barulah saya mulai was was adakah lafaz saya itu secara jelas atau pun secara bisik. sebab saya jumpa ramai yang mempunyai masalah sama dengan saya. di laman ustaz pun ramai. saya telah mulai sangsi adakah dahulu itu lafaz jelas atau tidak.

adakah talak saya telah berlaku menurut ustaz? sebab saya lewat sedar benda ini. seolah olah saya mengambil kesempatan terhadap tempoh dah 4 bulan tetapi sebenarnya saya memang tak ingat. lgpun bila saya mengelamun memang saya perasan saya ada keluar nada berbisik.

saya dah merujuk ustaz lain tetapi saya takut tempoh masa menyebabkan maklumat saya tak tepat. tetapi sy bersumpah tiada niat cerai dan saya dah sedaya upaya mengingatkan kejadian.
File Upload:
Salam
Jika benar tiada lafaz yang jelas diungkapkan, tiada pula niat utk cerai, maka tidaklah terjadinya talak.

Cuma kelemahan diri berkaitan dengan was-was itu perlu diubati, ditangani segera. Usah layan penyakit seperti itu, ia menyusahkan hidup sdr jua.

tk

Visitor IP: 183.78.44.116

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Aku menyesal berkahwin dengan kau

Nama*:Rashidah Abd Rahman
Tajuk*:Aku menyesal berkahwin dengan kau
Message*:Assalamualaikum..Saya ingin bertanya..Baru2 ini suami saya telah menyatakan bahawa dia menyesal berkahwin dgn saya..Dan sebelum ini dia pernah berkata bahawa dia akn melepaskan saya pd bulan Jun tahun ini nti..saya ingin tahu adakah dgn berkata dua2 perkara sedemikian, talak sudah jatuh ke atas diri saya? Diharap pihak tuan dpt memberikan penjelasan...sekian terimakasih dari saya...
File Upload:
Salam

Ia tidak menjatuhkan talak sehinggalah suami benar-benar melafazkan talak atau cerai. Tunggu sahajalah bulan Jun nanti, jika suami lafazkan talak, akan jatuhlah talak. Jika suami diam sahaja, dah insaf maka tak terjadilah talak..

Visitor IP: 113.210.119.182

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Monday, March 20, 2017

Soalan: pergerakan lidah sentuh lelangit

Nama*:pemuda resah
Tajuk*:pergerakan lidah sentuh lelangit
Message*:Assalamualaikum wbt. ustaz, kalau saya cakap dalam hati 'ada ke aku cakap cirai', cirai tu sebab masa solat saya diganggu lintasan hati dan masa bertasbih saya tersasul bacaan, terus saya jadi was-was, so disebabkan saya terbawa-bawa di luar solat jugak, sehingga buatkan saya tertanya-tanya dalam hati ada ke saya cakap 'cirai', cirai tu macam nak perkataan cerai tapi gaya sebutan je lain, masa lepas bercakap dalam hati 'ada ke aku sebut cirai' tu berlaku pergerakan lidah dan lelangit dan menghasilkan bunyi 'chhhhh', biasanya bunyi begitu sebab saya nak yakinkan diri saya tiada keluar perkataan cerai, tapi saya risau kot-kot bunyi 'chhhhh' macam nak sebut perkataan 'cirai'. jatuh talak ke dalam situasi macamni ustaz? bantu saya ustaz.
File Upload:
Salam

Ubati dan rawatilah penyakit keraguan yang membelengu diri. Orang lain boleh hidup senang lenang, kenapa anda terbeban dengan penyakit dalaman seperti ini..

Cerai hanya akan terjadi dengan lafaz yang jelas dan terang.. lintasan hati tidaklah memberi bekas kepada cerai.

tk

Visitor IP: 115.164.210.112

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Sunday, March 19, 2017

Soalan: Keliru dan ingin tahu

Nama*:Qayyum rizki
Tajuk*:Keliru dan ingin tahu
Message*:Salam ustaz,ingin bertanya..adakah boleh dan kebiasaan air mazi juga boleh keluar selepas bangun daripada tidur..saya letih dan bingung masalah saya ini..saya bangun daripada tidur dan check pada kemaluan saya pada mulanya tidak ada apa2..kemudian saya nak lap dengan kain pada kemaluan saya lalu ternampak ada cairan tidak bewarna,bersilau2,bertali tipis dan bila cuba hidu tidak terhidu apa2..saya ini pula ada sakit was2,tapi saya abaikan saja dan cuci dengan air paip seperti biasa..sebab berpandukan hukum fiqh,air mani mestilah keluar dengan rasa nikmat,lazat..mempunyai bau yang kuat,putih keruh serta rasa keluarnya mmncut..yang saya nampak sekarang ini pada mula bangun tidak ada apa kemudian dalam beberapa minit tu nampak cairan pada bibir kemaluan itu..ia leleh dan keluar disitu..saya telitikan ia tidak bewarna,tidak ada bau dan bertali..itu ciri air mazi kan ustaz? Betul tak yang saya abaikan ini dan tidak ikut was2 yang ganggu saya ini..mohon ustaz tolong saya..tk
File Upload:
Salam

Cairan yang keluar tanpa adanya unsur ghairah atau kemuncak, adalah air mazi. Memadai dengan basuhan sahaja.

Usah terleka dengan keraguan dan was-was. Belajarlah dengan ilmu yg benar barulah anda akan yakin dan pasti..



Visitor IP: 107.167.113.34

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Terlepas talak

Nama*:Isteri terluka
Tajuk*:Terlepas talak
Message*:As salam ustaz. Adakah lafaz talak secara tak senjaga oleh suami sy menyebabkan talak jatuh.pada hari kejadian kami bgaduh.sy mengejutkan suami sy pd ms itu sambil myerahkan hp kepadanya dan pada masa yg sama..sy bkata ko ceraikan aku.dia dlm ms yg sama sambil pegang hp berkata kepada sy."Cerailah"..adakah jatuh talak ustaz?
File Upload:
Salam

Hu.. bagus tu.. bangun tidur je sebut cerai.. cubalah bangun pagi tu mulakan dengan istighfar ke, Alhamdulillah ke... kan lebih baik.. kenapa dalam mamai lagi dah sebutkan cerai..

Apabila isteri meminta cerai, dan suami mengiyakan cerai atau melafazkan cerai, maka terjadilah talak satu..
 tk

Visitor IP: 113.210.73.154

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Saturday, March 18, 2017

Soalan: tersebut talak

Nama*:hamba allah
Tajuk*:tersebut talak
Message*:assalamualaikum ustaz,
1.saya kerap terlintas lintasan hati untuk melafaz talak, tanpa sengaja terlafaz talak "sahaja....(lafaz soreh)...isteriku". sambil melihat isteri. keyakinan saya lebih kepada bukan lafaz lidah. tetapi kemungkinan lafaz berbisik. yang merisaukan saya ialah pertambahan perkataan "sahaja" seolah olah niat. lintasan niat mungkin ada tetapi niat qasad memang saya yakin tiada. adakah telah berlaku talak? saya amat yakin lafaz tidak secara jelas tetapi lama kelamaan dah jadi tidak pasti.
untuk makluman ustaz saya dalam proses pemulihan dalam bab lintasan hati dan was was.
2. bolehkan pahala kehadiran saya ke kuliah kuliah terutama kuliah maghrib dikongsi oleh isteri. sebab isteri nak ikut tapi terpaksa menggantikan saya mengurus anak anak
tq
File Upload:
Salam

Ubatilah dan rawatilah penyakit was-was itu. Usah dilayan kerana ia adalah mainan syaitan. Islam itu agama yg mudah, hanya syaitan sahaja hendak merosakkan amal manusia.

Jika tiada lafaz yg jelas diucapkan,maka tiadalah terjadinya talak.

Isteri dapat pahala menjaga anak, suami dapat pahala ke masjid belajar dan solat berjemaah. suami kena kongsi ilmu yang dia dapat dengan isteri..

selamat berbahagia..

tk

Visitor IP: 203.106.202.114

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: terkeluar perkataan 'ta'

Nama*:Mamat
Tajuk*:terkeluar perkataan 'ta'
Message*:Assalamualaikum ustaz, saya nak tanya jatuhkah talak jika saya sebut 'ta' kemudian saya sebut 'travel market fair', masa tu saya tengah drive kemudian terpandang banner 'travel market fair', so saya tak tahu masa tu sebab apa saya tersebut perkataan 'ta', sebelum tu datang lintasan hati mengenai penceraian, tapi saya kawal laa lintasan-lintasan tu, saya tak tahu macamana boleh keluar perkataan 'ta' tu, adakah sebab saya dipengaruhi lintasan hati yang berlaku sebelum ini atau memang saya tersasul sebut perkataan 'travel' tu. Masa saya cakap tu saya tak ingat dah apa yang saya tengah fikirkan atau ada lintasan penceraian dalam fikiran saya atau tidak. Bolehkah jatuh talak ustaz?
File Upload:
Salam

Lafaz talak hanya akan sah dengan lafaznya yang jelas. jika sebut yang selain itu, tidaklah terjadinya talak.

Yang peliknya kenapa suami ini hanya memikirkan hendak ceraikan isteri sahaja? kenapa dah tak sayang ke kepada isteri? Bertaubatlah..

tk

Visitor IP: 60.50.233.59

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Friday, March 17, 2017

Soalan: terlafaz talak

Nama*:iskandar
Tajuk*:terlafaz talak
Message*:merujuk pertanyaan sy tempoh hari. mengenai terlafaz talak sendirian. saya memang tak ingat samada suara jelas atau berbisik. mcmana status saya ustaz. sebab saya rasa sy berbisik sahaja. tapi was was mengelirukan saya. manalah tahu ia lafaz secara jelas. apa perlu sy buat ye ustaz.
File Upload:
Salam

Jika berbisik tetapi didengar oleh diri sendiri, difahami oleh diri sendiri, maka talak itu dikira jatuh. Jika lintasan sahaja, tanpa ada lafaz atau lafaznya tidak jelas, ia tidak menjatuhkan talak.

tk

Visitor IP: 183.78.47.189

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Thursday, March 16, 2017

Soalan: menaip datang lintasan

Nama*:ramlee
Tajuk*:menaip datang lintasan
Message*:assalamualaikum ustaz, saya ada penyakit lintasan hati mengenai penceraian, saya tengah google mengenai artikel atau soalan-soalan berkenaan penceraian, jika tengah menaip tu datang lintasan talak, macam saya taip 'bye bye', taip perkataan 'talak' tetiba ia datang lintasan, kadang tu ia macam sengaja hadir, cepat-cepat saya menepis lintasan/perasaan tu, padahal dari awal tujuan saya taip tu untuk buat carian sahaja bukan nak jatuhkan talak pun. saya jadi keliru dan tak tahu bezakan yang mana satu niat dan lintasan. jatuh ke talak?
File Upload:
Salam

Lintasan hati, anda perlu lawan. Usah dilayan kerana ia adalah mainan syaitan.

Jangan layan benda yg anda tiada berniat atau tiada qasad pun untuk cerai.. so tidaklah terjadinya cerai.

Yang peliknya, kenapa semua perkataan hendak dikaitkan dengan cerai... fikirlah, orang lain boleh hidup selesa, kenapa anda susah nak hidup dengan benda yg seperti ini?
tk

Visitor IP: 115.164.211.230

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



MOHON MAAF

Saya memohon maaf kerana hampir dua minggu Blog ini tidak diuruskan.

Ini kerana saya alami demam berpanjangan.

insya Allah, dengan sedikit kelegaan ini, saya uruskan mana yang terdaya.

selamat membaca

Soalan: peringatan

Nama*:boy
Tajuk*:peringatan
Message*:Asalammualaikum ustaz...
Nak tanya...
Si suami telah bercerai dengan isterinya kira kira 5 bulan yg lalu akibat pertengkaran dan mereka telah rujuk kembali...
Pada suatu hari suami telah terlafaz lafaz cerai seorang diri
Dia kata "Aku ngan Ina(nama isteri )dah talak satu" ... tujuan suami berkata demikian adalah untuk peringatan yg suami dah pernah bercerai dengan isteri nya kira kira 5 bulan yg lalu tapi dah rujuk... itu sahaja
persoalan nya sekarang ustaz... adakah lafaz tersebut telah menjatuhkan talak...
sedangkan si suami tiada niat bercerai dan peringatan untuk suami lebih berhati hati





.
File Upload:
Salam

Jika benar suami menyebut itu bukan untuk ceraikan isterinya, tetapi penegasan kepada cerai yg terjadi dahulu, maka ia tidaklah dikira talak baru.

tk

Visitor IP: 203.106.149.63

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Wednesday, March 15, 2017

Soalan: taklik dan sumpah demi selamatkan rumah tangga

Nama*:islam indah
Tajuk*:taklik dan sumpah demi selamatkan rumah tangga
Message*:assalamualaikum ust.
sy nak tanya...sy terpaksa berbohong demi menyelamatkan rumah tangga sy... sy telah curang dgn suami sy dan pernah berzina dengan suami org dan skg sy sudah bertaubat dab masalahnyya suami sy tdk percaya yg sy pernah buat sekali dgn lelaki itu dan dia membuat taklik kali ke 2 sebab tdk berpuas hati dgn jawapan yg sy berikan.adakah jatuh talak sedangkan sy sdg haid.
File Upload:
salam

isu taklik di sini tidak jelas, tidak dapat saya jelaskan hukumnya.

bertaubatlah dan kembalilah ke jalan Allah.

Semoga kembali bahagia.

Visitor IP: 115.164.179.170

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Tuesday, March 14, 2017

Soalan: Tak tahu ada cakap atau tidak

Nama*:Rodhi
Tajuk*:Tak tahu ada cakap atau tidak
Message*:Assalamualaikum ustaz, saya bercakap dalam hati mengenai talak, memang saya yakin saya bercakap dalam hati, disebabkan saya berpenyakit was-was dan selalu datang lintasan hati, saya keluarkan bunyi berdehemm dan macam-macam bunyi lagi untuk mempastikan saya tidak cakap apa yang saya cakap dalam hati

Kemudian tiba-tiba datang perasaan atau mungkin saya tersedar bahawa ada suara/perasaan yang mengatakan saya ada cakap "cerai", saya tak pasti saya tercakap/tersasul atau perasaan yang mengatakan saya berkata "cerai" itu hanya suara dalam kepala/pemikiran saya, terus saya jadi berdebar-debar, saya cuba ingat balik apa yang berlaku saya yakin tidak ada bunyi suara/lafaz yang keluar dari mulut saya.

Saya jadi keliru sebab saya dah tak tau yang mana satu betul, mula-mula saya memang bercakap dalam hati sahaja, kalau saya tersasul/tercakap mesti saya dengar, seingat saya hanya bunyi-bunyian yang bukan suara sahaja yang keluar dari mulut saya, bukan suara yang berlafaz.

Jatuh ke talak ustaz?
File Upload:
Salam

Jika sdr tiada berniat cerai atau ada tujuan untuk cerai, cakapan yg tidak jelas seperti itu tidaklah menjatuhkan talak.

Usah layan penyakit was-was.

tk


Visitor IP: 1.9.96.40

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Sunday, March 12, 2017

Soalan: SYARAT NIKAH SEORANG JANDA

Nama*:AHMAD NAWAWI YUSUFF
Tajuk*:SYARAT NIKAH SEORANG JANDA
Message*:Apakah seorang perempuan janda masih perlukan wali untuk menikah lagi? Wali yang bagaimana jika perlu? Diketahui bapanya (wali)telah pun meninggal dunia.
File Upload:
Salam

bagi janda, kebenaran wali tidaklah perlu kerana dia sendiri sudah memadai membenarkan dirinya untuk dinikahi atau tidak.

Cuma dalam syarat mahkamah syariah, wali itu tetap diperlukan juga.. so, kena ikut jugalah...

tk

Visitor IP: 203.106.149.13

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: nak Tanya

Nama*:fazira
Tajuk*:nak Tanya
Message*:suami nak balik kg utk majlis perkhawinan sepupu nyaa..kami mmpunyai anak kecik dua tahun lelaki , dn 2 bulan anak perempuan . . sy bagitahu suami , bawak anak lelaki skli balik kg . . dua tiga hari sblum balik kg tu , suami Dan sy ada bertekak , suami kata kalau dia tinggal anak utk sy jaga , dia akan Naik mhkmh nanti ...
ada 2 3 Kali masa bertekar sebelum2 ni sy mntk diceraikan atas sbb tidak sefahaman tp suami xnak ...
masa sblum blk kg tu just suami kata klu jaga anak , dia akan naik mahkamah . jatuh ke talak saya ? ?
File Upload:
Salam

Ugutan naik mahkamah, tidaklah menjatuhkan talak. TIada lafaz talak atau cerai disebutkan di sini, so tiadalah terjadinya talak.

BEnda kecil macam ini, kenalah berbincang dan beralah... tk

Visitor IP: 113.210.207.215

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Saturday, March 11, 2017

Soalan: tak sengaja

Nama*:Hamba allah
Tajuk*:tak sengaja
Message*:Asalammualaikum ustaz...
Kelmarin semasa saya memandu seorang diri
Dengan tak sengaja satu lafaz soreh telah terpacul keluar dari mulut saya
Saya berani bersumpah yg saya benar benar tak sengaja
malahan saya tiada niat langsung untuk bercerai...
adakah jatuh talak ustaz ?
File Upload:
Salam

Apakah lafaz soreh yang terbit itu?

Jika lafaz soreh itu ialah AKU CERAIKAN ISTERIKU, maka ada kemungkinan ia boleh menjatuhkan talak, jika suami ada berniatkan cerai...

tk

Visitor IP: 123.136.107.161

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: pergerakan lidah

Nama*:roy
Tajuk*:pergerakan lidah
Message*:Assalamualaikum, ustaz, kalau ada pergerakan lidah, bunyi 'chhhh' masa tu saya nk tahan lintasan hati, so saya buat bunyi 'chhhh' tu, kemudian sebab saya ni was-was saya nak test bunyi tu, hati cakap jgn test, jgn layan, tp dalam masa saya tahan lidah tu lidah saya ni mcm gatal nak test jgk, masa tu jugak datang perkataan cerai dalam kepala, lidah pun ikut sama bergerak, cume lidah bergerak sedikit sahaja, suara tak keluar, cepat-cepat saya berhentikan pergerakan lidah. mcm nak sebut tapi tak sebut pun, lidah gerak sikit sahaja suara takde, saya tak pasti lidah bergerak dulu atau perkataan cerai dalam kepala datang dulu sebelum lidah bergerak, dalam keadaan ni di kira dah ada lafaz ke belum ustaz? jatuhke talak?
File Upload:
Salam

Usah layan dengan was-was anda. Ubatilah terlebih dahulu penyakit bersarang dalam diri anda..

Jika tiada ucapan jelas ttg cerai, tiadalah terjadinya talak.

tk

Visitor IP: 1.9.96.40

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Friday, March 10, 2017

Soalan: Jatuh talak ke tak?

Nama*:Ct
Tajuk*:Jatuh talak ke tak?
Message*:Saya ada menegur suami mengenai sikap tidak adil bila balik kg yg menyebabkn mak saya terasa hati dgn kami kerana selalu melebihkan keluarga suami. Suami melenting dan mengeluarkan kata2 "tukarlah,baliklah awak ke kg awak,serabutlah saya". Saya menegur suami pasal ungkapan yg dia ucap tapi dimarahnya saya dan diulang lagi perkataan yg sama. Saya ada bertanya mengenai niatnya samada berniat utk ceraikan saya. Katanya x ada niat pun cuma marah dgn sikap saya. Jatuh talak ke atas saya ke ust?
File Upload:
Salam

Tiada ucapan cerai dan tiada niat untuk cerai, maka tiadalah terjadinya cerai dalam kes ini.

BErpakatlah dalm hal kecil seprti ini..

tk

Visitor IP: 183.171.16.86

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Wednesday, March 8, 2017

Soalan: pasal jatuh talak

Nama*:hafiza
Tajuk*:pasal jatuh talak
Message*:Saya bergaduh dengan suami saya dan dia berkata "pergilah balik rumah mak awak tu". Adakah jatuh talak?
File Upload:
Salam

Ia tidak menjatuhkan talak kecualilah suami berniat untuk menceraikan isterinya.

tk

Visitor IP: 115.164.210.77

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: lafaz talak

Nama*:iskandar
Tajuk*:lafaz talak
Message*:asalamualaikum ustaz,
saya pernah terlafaz talak secara sendirian tetapi saya kurang yakin samada ia bersuara jelas atau berbisik sendirian.

ada yang kata lafaz perlu jelas seperti bacaan dalam solat dan ada juga yang cakap talak berbisik itu sah.

harap ustaz bagi penjelasan.
File Upload:
Salam

Lafaz talak walaupun bersendirian adalah sah. Jika lafaz itu jelas dan terang membawa erti talak, akan terjadilah talak, tapi jika lafaz itu terlindung dan tidak didengar degan jelas, ia tidak terjadinya talak lagi..

tk

Visitor IP: 60.52.25.4

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Tuesday, March 7, 2017

Soalan: kepastian

Nama*:faiz johari
Tajuk*:kepastian
Message*:ustaz, salam..
seblum nk solat ni, nk tnye dlu.. pagi td sye bgun tidur sperti biasa kmluan tu ade berlaku trangsang tgang waktu pagi tu.. mula bgun tu tgk kering pada kemaluan dan kemudian bbrapa minit tu sye nmpk ada bentuk setitik dua cairan yg tidak berwana, bertali pnjg, tp takde rse sedap kluarnya.. ia leleh sje.. kemudian sye lap sje dgn kain basahan.. itu kena mndi wajib ke n itu air mani ke?? atau itu hanya air mazi kerana rangsangan yg berlaku waktu pagi tu.. tlg sye sbb jp lg nk brsolat...ad yg kte itu mazi.. tp sye nk tnye jawpan dari ustaz sbb ustaz org yg arif.. tk
File Upload:
Salam

Air mani keluar setelah adanya kemuncak.. jika tiada kemuncak ia adalah air mazi yang memadai dengan basuhan sahaja.

tk

Visitor IP: 107.167.108.183

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: talak

Nama*:nurul akhmal
Tajuk*:talak
Message*:assalamualaikum....saya ingin bertanya tahun 2012 suami ada lafaz talak 3 tetapi bukan di hadapan saya...suami lafaz depan mak mertua sya CEK DAH BAGI 3 ketika itu suami dalam keadaan pengaruh dadah dan tidak sedar....dan kemudian sya dn suami pergi ke mahkamah dan cerita kepada hakim kemudian hakim berkata talak jatuh..ba,in qub,ra..hati dan naluri sya rasa musykil sngat..boleh atau tidak sekiranya kes ini di buat rayuan??
File Upload:
Salam

KEs ini boleh dibawa semula ke mahkamah, biarlah mahkamah yg putuskan..

tk

Visitor IP: 8.37.225.221

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Monday, March 6, 2017

Soalan: Talak.

Nama*:WAWA
Tajuk*:Talak.
Message*:Isteri asyik berkira dengan suami dalam segala perkara harian. Hingga suami jadi terasa. Sampai satu tahap suami merajuk dan berkata tanpa sebarang niatbutk bercerai atau menjatuhkan talak. Suami berkata.. 'Yelah..kita bukan suami isteri pun..'
Jatuh kah talak walaupun suami tiada niat cerai? Hanya sekadar terasa hati dgn sikap si isteri..dan adakah ini dikategorikan sbg talak kinayah yg memerlukan niat utk mensabitkan talak? Mohon pencerahan dari ustaz.
File Upload:
Salam

Ia tidak terjadinya talak kerana suami tiada berniat utk cerai.. merajuk je tu..

kena bijak menjaga isteri.. tk

Visitor IP: 115.164.61.61

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Pengesahan

Nama*:HANNA
Tajuk*:Pengesahan
Message*:Assalamualaikum, sy ingin membuat pertanyaan, apa yang harus atau cara yang sepatuntnya sy lakukan jika ingin memujuk suami membatalkan niatnya. 5 tahun sudah (2012), saya bergaduh 1 keluarga (keluarga sebelah saya dan diri saya dan suami). Walaupun sy tahu suami saya pun bersalah, saya ikut suami saya. suami sy telah bercakap dgn saya , jika saya jejakkan kaki kedalam rumah mak saya, jatuhlah talak pada sy. Walaupun suami membenarkan anak2 balik kg, tapi saya tak masuk dalam rumah. Apa yg patut saya lakukan untuk membatalkan niat suami saya. sy tahu masa dia berkata macam tu dia dalam keadaan mrh wlaupun smpai sekarang sebab dia seorg pendendam. bantulah saya
File Upload:
Salam

Taklik secara umumnya tidak boleh ditarik balik. Jika itu arahan suami, kena ikut je la...

KEcuali jika terjadinya talak, maka taklik dalam perkahwinan pertama itu akan terbatal dengan sendiri.

Bawa kes ini ke mahkamah utk dapatkan penyelesaian terbaik. tk

Visitor IP: 210.187.216.247

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: wirid timbul lintasan hati

Nama*:Lukman
Tajuk*:wirid timbul lintasan hati
Message*:Assalamualaikum ustaz, maaf banyak kali bertanya, kali ni penyakit lintasan hati mengenai penceraian hadir lagi dalam diri saya, seminggu-dua minggu ni banyak lintasan-lintasan yang hadir, diri saya jadi resah dan gelisah. Semalam lepas solat berjemaah bersama-sama isteri saya berwirid, dalam pada wirid itu timbul lintasan-lintasan hati, saya memikirkan kembali, mengulang-ulang kembali perkataan "talak" dan "cerai" didalam kepala tanpa ada lafaz, ia berlaku begitu kerana saya terlalu memikirkan kejadian lintasan hati yang terjadi sebelum ini sehingga terbawa-bawa dalam solat dan wirid, sampai sahaja pada ayat wirid, "wata a'lait" saya sebut tak betul ayat "wata a'lait" atau macam mulut tersasul dari sebut betul perkataan tu,terus sahaja lintasan mengenai talak menerjah, saya memikirkan perkataan "wata a'lait" tu sama macam perkataan talak, jadi saya mengulang perkataan "wata a'lait itu bagi memastikan ia tidak menyerupai perkataan talak. Pada masa saya tersalah sebut perkataan "wata a'lait" itu, tidak pula saya tersalah sebut atau keluar perkataan talak dari mulut saya. Selepas habis wirid dan doa, saya cuba ulang sekali lagi wirid itu, dan sampai kepada perkataan "wata a'lait" saya ulang banyak kali untuk memastikan perkataan itu tidak sama dengan perkataan talak, pada masa saya ulang itu tidak timbul niat penceraian/talak cuma saya hanya ulang untuk menyakinkan diri saya sahaja. Kemudian saya terus jadi bimbang adakah jatuh talak disebabkan saya mengulang-ulang,sebelum itu saya sudah berkata pada diri jangan dilayan atau diulang lagi terlalu ikutkan was-was itu, tapi saya berdegil didorong dengan was-was maka saya ulang wirid tersebut, adakah jatuh talak ustaz?
File Upload:
Salam
Rawati dan ubatilah penyakit was-was saudara. ia menyusahkan hidup saudara dan banyak yang tidak wajar ditimbulkan di sini kerana keraguan kepada diri sendiri.

Ubatilah penyakit ini dengan ilmu dan keyakinan.

tk

Visitor IP: 115.164.177.7

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Sunday, March 5, 2017

Soalan: Jatuh ke talak?

Nama*:Hamba Allah.
Tajuk*:Jatuh ke talak?
Message*:Salaam ustaz. Saya nak tanya. Saya dan suami bertengkar.. Pada satu malam tu, saya ada mintak cerai dari dia.. Suami jawab, dah2 lah cakap benda merepek waktu macamni, sy bosan lah dengar, sy nak tido!

Lepastu, sy kata pada suami lagi. Saya nak balik rumah mak ayah saya lah. Sy tak tahan asyik macamni je. Sy rasa nak balik dulu la. Suami balas lagi dgn menjawab, kalau awak nak balik awak balik lah. Suka hati awaklah. Malas nak layan. Saya pun jawab, awak tu cakap jer. Masa gaduh bagi saya balik, suruh sy balik lah, dah tak gaduh nanti awak bukannya bagi pun saya balik. Last sekali suami pun jawab, dahtu takpelah saya tunaikan apa awak mintak.

Saya tanya suami lagi. Awak tunaikan permintaan sy yg mana? Suami jawab, tadi awak kata nak balik, sy tunaikan lah permintaan awak kalau betul awak nak balik.

Saya ingat kan suami saya tunaikan permintaan sy yg meminta cerai. Suami kata bukan. Sebab dia hanya memaksudkan kata katanya mengenai permintaan sy yg ingin balik ke rumah mak ayah saya sahaja. Suami kata takde apa2 yg berlaku. Tp sy tak faham.

Soalan saya ustaz. Adakah sudah jatuh talak ke atas saya?
File Upload:
Salam

Kena terima pengakuan suami. Suami kata kebenaran utk balik, maka itu sahaja yang disahkan.

Lain kali usah gaduh lagi dengan suami, kalau gaduh pun usahlah dibawa kes cerai berai..

tk

Visitor IP: 115.164.212.181

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Talak

Nama*:Isteri keliru
Tajuk*:Talak
Message*:Assalamualaikum ustaz.. Saya ada masalah.. Dulu sy pernah bergaduh dgn suami, dan sy ada menuduh suami menceraikan sy tanpa sedar. Sehingga kini, suami tidak mengaku dan dia menafikannya. Kami masih menjalankan kehidupan seperti biasa sebab sy malas nak mengeruhkan lagi keadaan.

Dan malam tadi, suami ada menghina sy dan melemparkan kata kesat pd sy.. Sy dengar dia menghina sy.. Bila sy tanya dia balik.. Dia tak mengaku.. Dia kata sy salah dengar.. Salah faham. Sy mendesak dia untuk mengaku. Sebab sy bengang. Dah mengata org macam2 kenapa mesti tak mengaku. Lepastu suami pun jawab, yer2 dah takpela sy mengaku semua yg awak kata/ tuduh sy ni macam2 tadi, n akan datang.

Sy juga tak pasti ada ke tak perkataan 'tadi' tu. Sy gusar dgn kata2 dia. Sy tanyalah dia, habis dah awak cakap macamtu, pandai kata lepasni sy ada tertuduh awak dah lepaskan sy, adakah itu dikira awak automatic mengaku jugak ke?

Suami jawab, tak lah sebab sy bukan lafaz taklik kat awak. Lagi satu sy tak sebut pun pasal mengaku benda dah lepas, dan sy tak ungkit benda yg lepas masa kita gaduh tadi.

Sy ragu2 & jd kusut ustaz. Sebab suami ada cakap lepasni sy mengaku jelah apa yg awak kata sy. Bila tanya suami, dia kata takde berlaku pape. Tak perlu nak risau atau syakwasangka. Dia kata lg, masa dia cakap tu takde maksudkan ape2 pun, cuma cakap kosong. Suami kata sy ni yg tak faham ape yg die cakap.

Soalan sy ustaz, adakah sudah berlaku nya talak dari kata2 dan pengakuan suami tadi? Jatuh atau tidak jatuh? Sy keliru. Mohon sangat pencerahan dari ustaz. Terima kasih.
File Upload:
Salam

dalam kes ini, suami tidak menyebut ttg taklik dan tidak disebut ttg talak, kenapa nak perlu dikaitkan dengan talak dan taklik pula... suami hanya mengaku dia mengatakan itu dan ini kepada isterinya, itu sudah cukup baik... terimalah sahaja pengakuannya..
tk


Visitor IP: 115.164.212.181

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA