Wednesday, July 27, 2016

Soalan: tinggal solat

Nama*:ariffin bin abdul syukor
Tajuk*:tinggal solat
Message*:assalam ustaz,saya mengalami penyakit was-was yang kronik dan mandi wajib mesti terlalu lama dan berazam untuk berubah. dalam 1 hari itu saya mandi wajib berkali-kali sehingga solat 5 waktu saya tinggal kerana fokus dan tekun saya melaksanakan mandi wajib. kerana penyakit was-was itu menyebabkan saya mandi banyak kali untuk bagi yakin dan akhirnya dapat juga saya laksanakan.ustaz,disini masalah saya adakah mandi wajib saya itu tidak sah dan tidak diterima kerana solat 5 waktu pada hari itu saya tinggal? saya berasa risau takut tidak diterima dan saya lakukan untuk betul2 yakin sudah bersih dari hadas besar. atau tidak ada kena mengena dan mandi wajib itu tetap sudah sah dan teruskan solat seperti biasa?? saya bimbang solat 5 waktu saya tinggal itu kerana fokus dengan mandi wajib itu menyebabkan mandi saya itu tidak diterima..mohon ustaz bantu saya terangkan situasi ini..
File Upload:
Salam

LEbih baik mati daripada membazirkan air, meninggalkan solat sedangkan anda bertuhankan was-was..

Tengoklah orang lain mandi, dua tiga minit dah siap... kenapa awak susah sangat nak mandi? Fikirlah sikit.. Islam ni agama yang nak susahkan orang atau nak mudahkan orang?

Bertubatlah..

Visitor IP: 183.171.167.170

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA