Nama*: | zeti |
Tajuk*: | sahkah taklik ini? |
Message*: | Assalamualaikum.saya ingin bertanya bagi pihak seseorang yang saya kenali.saya namakan dia sebagai ika sahaja. suatu hari suami ika ada beritahu dia "kalau kau bermain lagi dengan anak saudara tu, jatuh satu" ika bertanya "jatuh apa? cerai? talak?" suami ika menjawab "ya". beberapa hari kemudian suami ika membenarkan ika bermain semula dengan anak saudara tersebut sebab katanya waktu dia menyebut bab talak tu, dia hanya sebut tanpa niat dan mengaku dia berada dalam keadaan marah(ika mengaku memang suaminya sedang marah dan panas baran waktu tu).jadi atas kebenaran suaminya, ika bermain semula dengan anak saudara tersebut. selepas seminggu, ika bertanya lagi niat suaminya(untuk kepastian) dan suami ika beritahu pula dia ada niat waktu cakap bab talak tu tapi niatnya cuma untuk hari itu sahaja.niatnya kalau ika bermain lagi dengan anak saudara tu pada hari dia menyebut bab talak tersebut, akan jatuh satu.maksudnya niat untuk satu hari itu sahaja bukan pada hari lain. soalannya, adalah telah jatuh talak? suami ika tegaskan dia tak ada niat(kemudian mengaku niat hanya untuk hari dia menyebut bab talak tu sahaja).ika bermain semula dengan anak saudaranya beberapa hari selepas itu dan bukan pada hari suaminya menyebut bab talak tersebut(hari yang suaminya berniat untuk talak). harap tuan ustaz dapat membantu menjelaskan perkara ini. terima kasih. |
File Upload: |
Lafaz taklik pada kebanyakan ulama tidak membenarkan ia ditarik balik. Dalam kes ini, suami telah menarik balik lafaz takliknya..
Jika berpegang pada beberapa pendapat, taklik yang boleh ditarik balik; bererti kes ini tidak menjatuhkan talak.
Saya sendiri berpendapat talak tidak jatuh setelah taklik itu ditarik balik.
tk
Visitor IP: 115.133.103.229
Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.