Wednesday, July 20, 2016

Soalan: talak/cerai

Nama*:yang jahil
Tajuk*:talak/cerai
Message*:Assalamualaikum ust ..mohon pencerahan..

Pada tahun 2014 saya diceraikan dengan lafaz 'Aku ceraikan kau' kerana mmg sy mendesaknya melafazkan. 4 hari selepas tu suami rujuk sy balik dengan lafaz 'Abang rujuk kembali sayang pada pernikahan yang asal. Kami tak daftarkan perceraian ini di pejabat agama.

Pada 2016 sy ceraikan lg dengan situasi yang sama dengan lafaz 'Dah..aku ceraikan kau'. Selepas sebulan rujuk balik juga dengan lafaz 'Saya rujuk awak kembali menjadi isteri. ini pun tak didaftarkan.

Sepanjang hampir 3 tahun perkahwinan sy ini ada beberapa taklik juga yg suami dah lafaz pada sy. Cth :

1) Kalau kau kongkong aku lepas ni jatuh talak. ( Yang ni sy dah tanya jelas jawapan jelas dia adalah sekiranya mengongkong secara melampau).

2) Kalau sekarang ni jumpa skandal (pada saat yang sy keluar tu) atau selepas ni buat maksiat ( bersetubuh dengan lelaki lain selain suami) jatuh talak 1.

3) 'Kau dan aku dah tak ada apa2' (lafaz kinayah)

4) 'ok kita berpisah jela' (lafaz kinayah)

5)'aku dah tak nak hidup dengan kau' (lafaz kinayah)

6) dan baru2 ni ' dah kau keluar dari rumah jangan kau balik2 lg aku dah tak nak tengok muka kau lg'


bantu sy ust..sy terlalu tertekan kerana bimbang talak 3 sudah pun berlaku.

terima kasih.
File Upload:
Salam

Jika suami tidak melafazkan talak dengan jelas, tidaklah terjadinya talak.

CUma lafaz taklik itu terlalu banyak dan berbagai bentuknya, maka sebarang pelanggaran taklik akan menyebabkan terjadinya talak ke atas isteri.. So, isteri kena pastikan manakah satu larangan taklik yang suami sebut..

Suami ni pun satu hal la.. nak cerai je.. asyik taklik je.. dah tak ada modal lain ke nak marahkan isteri?

tk

Visitor IP: 211.24.250.130

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA