Nama*: | lynn |
Tajuk*: | mohon pencerahan |
Message*: | Assalamualaikum wbt. Pada bulan ramadhan yang lepas suami telah menghalau saya keluar dari rumah..ayatnya 'Dah kau keluar dari rumah ni jangan kau balik2 lagi aku dah taknak tengok muka kau lagi'. Jadinya saya pun pindahlah. Lepas tu dia kata saya lari dari rumah pula. Malam raya saya pulang kerumah untuk beraya bersamanya. Dia tak ajak pun saya balik rumah..tapi saya yang rela hati balik untuk jernihkan hubungan kami kerana hati saya masih sayangkannya dan beri dia peluang lagi, Sebelum ni dia dah lafaz cerai 2x tapi kami rujuk semula. Saya ada berulang ke bilik yang saya sewa tu..(saya tak tahu sama ada bilik atau rumah sebab saiznya memang saiz bilik macam master room tapi bukan dalam rumah..diluar sebelah rumah tuan rumah). Satu hari tu suami tanya dok rumah siapa..jadi saya kata rumah kawan, kawan tak ada kat sini jadi boleh duduk je bila-bila. Saya menipu kat sini. Yang sebenarnya saya menyewa bilik tu. Saya taknak bagitahu hal yang sebenar sebab saya taknak dia tahu saya boleh mnyewa sendiri. Hinggalah pada satu malam tu dia marah saya sebab curiga dengan mengatakan ada lelaki bela saya. Dia fikir tu rumah lelaki yang diberikan kepada saya untuk duduk. Jadi keluarlah ayatnya seperti ini yang saya kira taklik mungkin. Ayatnya 'Ingatnya pesan ayah (panggilan dirinya) dulu..kalau buat maksiat, jatuh' lepas tu sambungan ayat tu 'Kalau rumah tu rumah lelaki, jatuh. Dah tak boleh bersama lagi'. Masalahnya ustaz bilik/rumah tu owner dia lelaki. Ayah kepada kawan saya yang punya rumah/bilik tu. Saya terangkan hal yang sebenar padanya. Dan suami saya kata dia memaksudkan rumah yang diduduki bukan tuan rumah atau milik siapa rumah tu. Bagaimana ya ustaz? Adakah taklik ini jelas atau dah berlaku taklik ni? |
File Upload: |
Taklik yang terakhir itu tidak terjadinya talak kerana dimaksudkan suami ialah CURANG.. itu yang saya faham..
Dah kau keluar dari rumah ni jangan kau balik2 lagi aku dah taknak tengok muka kau lagi
Manakala ayat di atas ini kena pastikan drp suami, sama ada ia berniat cerai atau tidak. JIka berniat cerai, terjadilah talak...
tk
Visitor IP: 211.24.250.130
Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.