Soalan: bahagian tidak kena air
Nama*: | nurul aina binti kamaruddin |
Tajuk*: | bahagian tidak kena air |
Message*: | salam,ustaz..selepas mandi wajib saya perasan seperti bahagian tangan kanan saya seperti tidak kena air.saya perasan setelah saya bersiap2 memakai baju selepas beberapa jam kemudian.selepas perasan itu saya pergi ke paip air dan membasuh saja dibahagian tangan yang tidak kena air tersebut. Saya TIDAK mengulangi mandi wajib sekali lagi. adakah sudah sah mandi saya itu dan memadai basuh dikawasan itu saja? kalau ada benda yang menghalang air berada dianggota badan dan perasan selepas mandi juga kemudian saya basuh dan bersih saja bahagian itu adakah sudah memadai juga tanpa mengulangi mandi itu sekali lagi dan terus bersolat seperti biasa.sudah sahkah perbuatan saya lakukan itu?? terima kasih. |
File Upload: | |
Salam
Ia sudah memadai. tidak perlu diulangi mandi wajib..
Ratakan air ke anggota yang terhalang tadi..
tk
Visitor IP: 183.171.174.83
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.