Soalan: Inginkan pencerahan
Nama*: | Hamba Allah |
Tajuk*: | Inginkan pencerahan |
Message*: | Assalamualaikum Ustaz..
Minta pencerahan daripada ustaz sikit. Ini contoh situasinya ustaz (situasi nampak pelik, tetapi ia sekadar untuk memudahkan pemahaman saya).
Ketika menonton tv channel TV9 seorang diri, si suami berkata/ bertaklik dengan jelas.."Kalau aku tukar channel TV3 dengan menggunakan remote control, maka jatuh talak 1 terhadap isteriku" Namun, secara tiba-tiba channel tv bertukar ke channel TV3 secara tiba-tiba (secara automatik) TANPA si suami menekan apa-apa butang pada remote control tersebut. Channel tv bertukar secara automatik. Adakah jatuh talak 1 terhadap isteri nya jika perkara begini terjadi? |
File Upload: | |
Salam
Jika terjadinya pertukaran channel itu dengan sendiri, tanpa tindakan suami, ia tidaklah menjatuhkan talak taklik..
tk
Visitor IP: 118.101.69.184
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.