Tuesday, July 12, 2016

Soalan: suami tidak bertanggungjawab

Nama*:nida
Tajuk*:suami tidak bertanggungjawab
Message*:saya ingin meminta pandangan dan nasihat dari ustaz tentang masalah saya
File Upload:masalahku.doc

Saya mempunyai masalah yang sangat rumit. Saya berusia dalam umur 40 an dan perkahwinan saya sudah menjangkau 22 tahun dengan 7 orang cahaya mata dalam lingkungan umur  21 – 6 tahun. Dalam usia perkahwinan sebegini sudah tentu ceritanya sangat panjang, tetapi saya cuba untuk focus kapada perkara yang penting.
Masalah ini menjadi  rumit kerana suami yang merupakan kakitangan kerajaan mengambil keputusan untuk bersara awal pada pertengahan tahun depan , sedangkan beliau tidak menyediakan tempat tinggal yang tetap untuk kami (sekarang kami tinggal di kuarters kerajaan) dan nafkah yang tidak mencukupi untuk isteri dan 7 orang  anak dari dulu hingga sekarang walaupun dia mampu kerana gajinya melebihi 5+++. Dia memaksa kami tinggal bersama  ibunya walaupun  rumah itu mempunyai ruang yang tidak mencukupi untuk kami bersama anak-anak semata-mata untuk menjimatkan duit. Dia merupakan seorang suami yang terlampau berkira (kedekut) kerana tidak pernah mengeluarkan belanja yang cukup untuk kami. Hampir semua belanja dapur (termasuk peralatan di dalam rumah) saya kena guna duit sendiri, dia hanya membeli  bahan kering keperluan dapur seperti susu, gula, minyak dsb.
Ringkasnya saya sudah beberapa kali menyatakan ingin berpisah  tetapi dia tidak memberi  respon. Setakat ini saya hanya menyatakan melalui teks mesej dan sukar berbincang kerana semua perbincangan akan  diakhiri dengan pergaduhan dan air mata. Saya sudah bosan bergaduh. Sekarang kami jarang-jarang berjumpa kerana dia tinggal bersama ibunya dan lebih banyak menghabiskan masa di sana di samping membuat kerja sampingan bersama anak saudaranya.

Saya amat tertekan dengan sikapnya yang tidak pernah berubah walaupun saya telah banyak kali memberi peluang, malah setiap kali saya menegur perbuatannya, dia akan mengatakan saya kurang ajar, derhaka dsbnya. Hati saya sudah serik dengan sikap tidak bertanggungjawabnya dan benar-benar ingin berpisah. Adakah saya berdosa ingin berpisah kerana enggan mengikuti untuk tinggal bersamanya  di tempat yang tidak sesuai untuk kami anak beranak semata-mata kerana suami tidak mahu membiayai untuk membina tempat tinggal yang selesa untuk kami? Saya sangat sedih kerana dalam usia sebegini sepatutnya kami sudah mempunyai tempat tinggal kekal dan tidak perlu berpindah randah lagi. Setakat ini kami sudah 2 kali berpindah dalam tempoh 3 tahun.


Salam Puan


Suami puan mungkin terdidik dengan latar keluarga seperti itu, yang terlalu berkira dan sayangkan harta sehingga tidak sedar bahawa menyara keluarga itu satu tugas dan kewajipan besar ke atas suami. Suami seperti ini perlu banyak diberi didikan keagamaan dan kesedaran pd tanggungjawabnya sebagai suami.

Bawalah suami ke masjid dan majlis ilmu agar dia lebih terbuka dan menyedari tugasnya sebagai suami untuk menyara keluarga. Tiada jalan singkat untuk melentur buluh yang telah keras...

Jika puan benar terseksa dan mahu berpisah dengan suami, saya kira ia tidaklah berdosa kerana pelanggaran hak dan tugas suami sudah terlalu lama. Dia mengabaikan nafkah asasi keluarga, sebaiknya puan bawa kes ini ke mahkamah dan cuba dapatkan keadilan sewajarnya.

tk.



Visitor IP: 14.1.193.85

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA