Soalan: minta nasihat/dorongan kepada gangguan
Nama*: | intan qistina binti abdul rahim |
Tajuk*: | minta nasihat/dorongan kepada gangguan |
Message*: | ustaz,saya niat mandi wajib masa air sampai dibadan, kemudian masa mandi meratakan air dibadan, ada macam bisik lah yang menyatakan 'aku mandi junub'..saya tidak menyebut 'junub' sedangkan mandi yang saya niat adalah mandi wajib..adakah sah mandi yang dilaksanakan itu? saya melawan bisikan itu dengan berkata.,'niatku mandi wajib dan bukannya lafaz niatku junub'..sehinggalah habis mandi saya berbuat demikian untuk melawannya..ustaz,cara saya itu menyebabkan tidak sah ke atau tetap juga sah? risau dengan situasi ini.mungkin dorongan ustaz boleh membantu saya dengan lebih yakin.w'salam. |
File Upload: | |
Salam
Yang penting ketika mandi wajib ialah meratakan air ke seluruh tubuh badan. Niat itu tak perlu dirisaukan sangat, sebab sejak mula masuk bilik air lagi sudah ada niat nak mandi hadas..ia sudah memadai..
tk
Visitor IP: 183.171.26.75
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.