Soalan: Tidak paham status
Nama*: | Ariffin |
Tajuk*: | Tidak paham status |
Message*: | As salam,dahulu semasa prkahwinanlah,lelaki tdak boleh melanggar peraturan menampar atau mencederakanisteri selepas berkahwin,tp klau terlanggar peraturan tu sbb isteri sangat biadap,adalah perlu membayar apa2 seandainya perceraian berlaku,,,lpastu sy pnah member talak seribu utk dia dlm keaadaan waras n sy x prnah bersama dgn dia sehingga 3,4 tahun,cuma datang utk ambk Anak ja,,,,apalah status sy dgn isteri sy,,,n sy tidak prnah mnveraikan dia d mahkamah sbb dia nk menutut segala duit Dari langgarnya percaturan yg telah d buat |
File Upload: | |
Salam
Saya kira saudara telah menzalimi isteri saudara.. bertindak dengan tidak wajar membiarkan isteri sebegitu..
Eloklah kes ini dibawa ke pejabat agama bagi menyelesaikannya.
Kasihan pada isteri dengan tindakan seperti ini.. Dendam dan marah tidak akan ke mana.. kita nak ke syurga Allah bukan nak ke neraka..
op.. maaf n tk
Visitor IP: 203.82.90.58
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.