Saturday, July 30, 2016

Soalan: musykil kesan pada seluar

Nama*:aiman bin tanif
Tajuk*:musykil kesan pada seluar
Message*:salam ustaz,saya ada persoalan yang musykil..saya keluar mani 5 hari yang lepas..kemudian hari semalamnya saya tidur dan memakai seluar yang terkena mani yang hari itu punya (yang memang sudah dibasuh) dan bangun2 tgk pada seluar mcm tompokan kesan mani yang dah kering..jika difikirkan logik,saya tidak berasa terangsang,tidak berasa kemuncak syahwat..dan saya lihat kemaluan saya kering tidak ada basah apa2..ustaz,adakah itu tompokan kesan mani yang 5 hari yang lepas itu punya? misalnya saya berbaring dalam pukul 6.20 ptg dan bangun dlm 6.50 ptg..takkanlah jika keluar mani sudah kering pada seluar dalam waktu yang singkat itu? dan saya tidak berasa kemuncak dan terangsang..perlukah saya abaikan saja atau bagaimana ye ustaz?
File Upload:
Salam

Saudara yang tahu sendiri... jika dipastikan air mani yg lalu, tak perlulah dirisaukan lagi nak kena mandi ke tidak.. pastikan sendiri hal spt ini..

op.. malu ... sorry..

tk

Visitor IP: 183.171.164.191

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA