Soalan: Adakah ia dikira Zihar
Nama*: | Diana |
Tajuk*: | Adakah ia dikira Zihar |
Message*: | Assalammualaikum ustaz...
Selamat hari raya...
Saya ada sedikit pertanyaan berkenaan dengan ZIHAR.
Soalan saya :
Semalam saya, suami ,anak dan ibu suami (ibu mertua saya ) pergi beraya dirumah saudara...
Kemudian tuan rumah bertanya kepada suami ," yang mana satu orang rumah kamu"?..maksudnya yg mana satu isteri kamu...
Ibu mertua saya ni muka memang cantik dan nampak muda..:)
Kemudian, saya pun memperkenalkan isteri dan ibunya..
Kemudian, apabila selesai beraya, saya dan semua pulang kerumah..
Tiba dirumah, saya, suami dan ibu suami berborak... Kami bercerita tentang saudara yg keliru yg mana satu emak & isteri suami..
Kemudian, suami saya berkata " mereka tu keliru, mak kan lawa.."
Dan suami berkata lagi "muka lebih kurang sama je" (muka saya dan muka ibu suami).
Mohon penjelasan ustaz, adakah perkataan suami itu dikira sebagai zihar? dimana suami mengatakan "muka lebih kurang sama"..? |
File Upload: | |
Salam
Keadaan seperti ini tidaklah terjadinya zihar.
Zihar berlaku dengan tujuan penghinaan kepada isteri..
tk
Visitor IP: 203.106.159.64
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.