Soalan: niat dan lafaz
Nama*: | nurul ain asyiqin binti hamidun |
Tajuk*: | niat dan lafaz |
Message*: | salam ustaz,
soalan saya sah dan sempurna tak mandi wajib saya jika saya niat mandi itu berulang-ulang supaya fokus dan tak layan apa jua perasan yang kacau masa mandi..contohnya saya sudah niat dalam hati ketika air jatuh dan mengalir dibadan,kemudian saya mula dah nak menggosok dan meratakan air sambil itu saya LAFAZ DIMULUT SECARA PERLAHAN niat 'aku mandi wajib' itu tadi berulang-ulang sampailah tamat mandi.niat yang pertama sudah saya ikut rukunnya iaitu mestilah dalam hati dan apabila air sampai/mengalir ditubuh badan.semasa nak meratakan air itu saya lafaz dimulut berulang-ulang sampailah tamat mandi..mandi wajib saya itu sah dan sempurna dah ke ustaz?? itu cara saya nak lawan was-was supaya tak layan.dan bila dengar dimulut kita jadi fokus dan yakin.betul tak ustaz memang sudah sah?? |
File Upload: | |
Salam
Dah sah la tu...
tk
Visitor IP: 183.171.21.121
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.