Soalan: persoalan mandi
Nama*: | nurul syamimi binti azammuddin |
Tajuk*: | persoalan mandi |
Message*: | salam ustaz2,,maaf nk tnya lagi..kawan saya minta bertanya,jikalau tengah mandi wajib,tiba2 ada perasaan menyatakan seperti ini, 'jika si dia smpai ke rumah aq kena berhnti mandi'..adakah azam itu menyebabkan batal mandinya??tapi dia teruskan juga mandinya sehingga selesai dan air rata ditubuh..adakah mandi wajib dia sah ustaz??
kedua pula adakah mandi kita sah jika kita teruskan mandi wajib kita walaupun ada bisikan atau lintasan yg berbunyi mandi sunat la,mandi itu ini la..sah tak status mandi wajib saya itu??
terima kasih sudi membantu |
File Upload: | |
Mandinya tetap sah..
Jangan layan lintasan hati.. udah la tu...
Visitor IP: 183.171.17.36
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.