Soalan: melawan bisikan syaitan
Nama*: | nurul zatul adha bin abdul syukor |
Tajuk*: | melawan bisikan syaitan |
Message*: | ustaz,adakah mandi wajib seseorang itu sah kalau dia berniat lafaz dimulut berulang-ulang sehingga selesai mandinya itu dengan syarat dia sudah berniat didalam hati ketika air yang pertama mengalir dan jatuh ditubuh badan.dan cara itu bertujuan untuk melawan atau pun tidak melayani perasaan/bisikan syaitan dan agar dengan cara itu membantu dia dapat buat mandi itu sehingga selesai. SAH TAK USTAZ MANDI WAJIB ITU kerana itulah cara saya nak melawan apa jua bisik2 yang mendatang..terima kasih.
-zatul adha- |
File Upload: | |
Salam
Sah mandi wajibnya.. niatlah seribu kali pun tak apa..
tk
Visitor IP: 183.171.161.37
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.