Soalan: cecair yang keluar
Nama*: | hanani shimah binti razali |
Tajuk*: | cecair yang keluar |
Message*: | lepas menonton cerita yang adanya unsur-unsur yang memang ada lucah,saya terasa nak buang air kecil..tiba-tiba ada cecair yang keluar sekali semasa buang air kecil..tp bila sentuh tiada pula berbau..cuma cecair itu bercampur dengan air kencing.maaf ayat kurang sopan.jadi soalan saya adakah itu air mazi? semasa menonton video itu tiada kemuncak syahwat,cuma berasa terangsang saja..benarkah itu air mazi? terima kasih |
File Upload: | |
Salam
Terangsang seperti itu akan menyebabkan keluarnya air mazi berwarna jernih. Ia tidak perlu mandi, cukup dengan basuhan sahaja.
Tak baik tonton video lucah. dosa.. tk
Visitor IP: 183.171.161.39
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.