Soalan: kuku
Nama*: | ahmad fadhli bin zainal |
Tajuk*: | kuku |
Message*: | ustaz mohon pencerahan dripada ustaz berdasarkan soalan ini,
sebelum nak pergi sembahyang jumaat saya mandi hadas besar dulu,kemudian bersiap dan terus pergi ke masjid dan duduk iktikaf dgr khutbah jumaat,tiba-tiba saya perasan dibibir kuku (bukan dibawah putih kuku) ternampak ada bintik halus warna hijau dibibir kuku tersebut.kuku saya itu tidak panjang sebaliknya pendek dan rapat dgn isi..jadi sambil dgr khutbah jumaat itu saya kuis-kuis kan beberapa kali benda halus itu dan akhirnya hilang dibibir kuku tersebut.saya nak lakukan ditempat wudhuk masjid berasa malu pula orang ramai akan fikir lain..bila ia sudah hilang setelah dikuis beberapa kali saya terus solat jumaat berjemaah..mandi wajib saya itu sah tak dan solat saya itu sah tak? memadai tak cara saya buat itu? takkanlah perlu diulang semula mandinya itu?? mohon ustaz bantu ye.. |
File Upload: | |
Jika ia terlalu kecil, ia dimaafkan..
Jika ia besar pada adatnya, kenalah wuduk semula. Tak perlu malu dengan orang ramai..
tk
Visitor IP: 183.171.20.97
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.