Sunday, July 31, 2016

Soalan: perasan tidak kena air

Nama*:abdul ghaffar bin hamidi
Tajuk*:perasan tidak kena air
Message*:salam ustaz, selepas selesai mandi hadas dlm waktu petang iaitu dlm waktu asar,saya sudah lap-lap air dibadan dan terus memakai baju dan kemudian saya tidur sekejap sampailah waktu maghrib.kemudian beberapa jam selepas itu bangun daripada nak pergi tunaikan solat maghrib,saya mcm perasan bahagian kemaluan seperti tidak kena air,jadi sebelum nak ambil wudhuk itu saya basuh saja bahagian kemaluan yang rasa mcm kurang kena air itu dipaip..da basuh barulah saya ambil wudhuk dan terus solat maghrib.sah tak cara saya itu? tidak perlu sampai nak ulang semula kan mandi itu?
File Upload:
Salam

Peliknya keadaan spt ini.. tak kan dah sampai ke Maghrib anda masih dapat rasakan bahagian mana yang tak kena air.. kan semua dah kering kena lap, dah lamapun mandinya..

Atasi masalah was-was.. itu yang utama. Kalau dah mandi dan memang meratakan air ke seluruh tubuh.. yakinlah sahnya mandi anda.. tk

Visitor IP: 183.171.172.8

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Saturday, July 30, 2016

Soalan: jatuh talak atau tidak dengan perjanjian

Nama*:hamba allah
Tajuk*:jatuh talak atau tidak dengan perjanjian
Message*:salam ustaz, jatuh atau tidak talak jika terdapat perjanjian yang menyatakan (ditandatangani kedua-duanya, isteri memaksa suami) setelah pulang bercuti di sarawak ini kami kedua-dua belah pihak bersetuju untuk bercerai dengan syarat dan ketentuan berikut:
lafaz talaq akan dibuat oleh suami setelah pulang bercuti di sarawak di mahkamah/pejabat agama tersedekat..........etc

sekiranya suami belum melafazkan talaq di mahkamah/pejabat agama?
File Upload:
Salam

PErjanjian ini sah..tetapi talaknya tidak jatuh lagi sehinggalah suami membuat lafaz cerai seperti yang disebut dlm perjanjian itu..

hehe.. gaduh la lagi.. kan best gaduh tu... OP sorry.....

tk

Visitor IP: 60.48.116.127

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: musykil kesan pada seluar

Nama*:aiman bin tanif
Tajuk*:musykil kesan pada seluar
Message*:salam ustaz,saya ada persoalan yang musykil..saya keluar mani 5 hari yang lepas..kemudian hari semalamnya saya tidur dan memakai seluar yang terkena mani yang hari itu punya (yang memang sudah dibasuh) dan bangun2 tgk pada seluar mcm tompokan kesan mani yang dah kering..jika difikirkan logik,saya tidak berasa terangsang,tidak berasa kemuncak syahwat..dan saya lihat kemaluan saya kering tidak ada basah apa2..ustaz,adakah itu tompokan kesan mani yang 5 hari yang lepas itu punya? misalnya saya berbaring dalam pukul 6.20 ptg dan bangun dlm 6.50 ptg..takkanlah jika keluar mani sudah kering pada seluar dalam waktu yang singkat itu? dan saya tidak berasa kemuncak dan terangsang..perlukah saya abaikan saja atau bagaimana ye ustaz?
File Upload:
Salam

Saudara yang tahu sendiri... jika dipastikan air mani yg lalu, tak perlulah dirisaukan lagi nak kena mandi ke tidak.. pastikan sendiri hal spt ini..

op.. malu ... sorry..

tk

Visitor IP: 183.171.164.191

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: perasaan/tipu daya

Nama*:hamba allah
Tajuk*:perasaan/tipu daya
Message*:assalam dan salam sejahtera ustaz,
saya nak tanya..saya mandi wajib dalam 15minit..kemudian dah selesai saya segera nak memakai baju dan sebagainya lah..selepas itu datang perasaan seperti menyatakan bahagian jari,bahagian betis seperti tidak kena air.adakah itu perkara benar atau was-was syaitan sebenarnya? saya lawan dengan tidak ambil peduli dan ia semakin kuat perasaan itu tetapi saya tetap teruskan solat seperti biasa..adakah tepat cara yang saya lakukan atau perlu saya layani perasaan itu? sebelum ini mandi perasaan yang sama datang ada saja yang xrata dan sebagainya..nak tahu adakah itu benda benar atau mainan tipu syaitan? teruskan saja ke solat seperti biasa?
File Upload:
Salam
Ketika mandi itulah kena pastikan basah pada semua bahagian, jangan fikirkan lagi setelah selesai mandi.. Jika selepas mandi baharu terfikir, itulah was was.. atasi gangguan was-was anda..

Kalau dah 15 minit mandi, tak kan tak basah lagi???? Elakkan pembaziran air dan masa...

belajarlah jadi seorang yang yakin dan memudahkan hidup anda.. tk

Visitor IP: 183.171.169.63

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: kotoran dikuku

Nama*:muhd alif
Tajuk*:kotoran dikuku
Message*:salam ustaz apakah cara yang perlu saya lakukan jika selepas mandi wajib ada mcm kotoran pada kuku. selesai mandi saya nak pakai baju kemudian perasan ada mcm sesuatu pada kuku kaki saya. jadi saya pergi ke bilik air semula dan basuh saja bahagian jari kaki itu dengan air..niat nak sambung mandi dibahgian jari kaki bersihkan kotoran itu? sah dan sempurna kan cara saya itu? tidak perlu ulang kan mandinya itu?
File Upload:
Salam

Sah basuhan seperti itu. Tidak perlu ulang mandi semula, memadai membasuh kawasan yang tak kena air sebelumnya.

tk

Visitor IP: 183.171.169.47

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Friday, July 29, 2016

Soalan: lubang pusat

Nama*:abdul syaqirin
Tajuk*:lubang pusat
Message*:assalam
kalau bab mandi wajib,lubang pusat tu nak ratakan air mcm mana? kena korek dalam2 ke? atau sekadar yang mcm mana? yang saya lakukan adalah air shower yang turun itu saya hanya memasukkan air sekadar yang mampu masuk saja dipusat itu? takkan lah sampai kena korek sedalam-dalamnya?
File Upload:
Salam

Cukup dengan meratakan air di kawasan lubang pusat.

tk

Visitor IP: 183.171.168.191

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Thursday, July 28, 2016

Soalan: kuku

Nama*:ahmad fadhli bin zainal
Tajuk*:kuku
Message*:ustaz mohon pencerahan dripada ustaz berdasarkan soalan ini,
sebelum nak pergi sembahyang jumaat saya mandi hadas besar dulu,kemudian bersiap dan terus pergi ke masjid dan duduk iktikaf dgr khutbah jumaat,tiba-tiba saya perasan dibibir kuku (bukan dibawah putih kuku) ternampak ada bintik halus warna hijau dibibir kuku tersebut.kuku saya itu tidak panjang sebaliknya pendek dan rapat dgn isi..jadi sambil dgr khutbah jumaat itu saya kuis-kuis kan beberapa kali benda halus itu dan akhirnya hilang dibibir kuku tersebut.saya nak lakukan ditempat wudhuk masjid berasa malu pula orang ramai akan fikir lain..bila ia sudah hilang setelah dikuis beberapa kali saya terus solat jumaat berjemaah..mandi wajib saya itu sah tak dan solat saya itu sah tak? memadai tak cara saya buat itu? takkanlah perlu diulang semula mandinya itu?? mohon ustaz bantu ye..
File Upload:
Jika ia terlalu kecil, ia dimaafkan..

Jika ia besar pada adatnya, kenalah wuduk semula. Tak perlu malu dengan orang ramai..
tk
Visitor IP: 183.171.20.97

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Inginkan pencerahan

Nama*:Hamba Allah
Tajuk*:Inginkan pencerahan
Message*:Assalamualaikum Ustaz..
Minta pencerahan daripada ustaz sikit. Ini contoh situasinya ustaz (situasi nampak pelik, tetapi ia sekadar untuk memudahkan pemahaman saya).
Ketika menonton tv channel TV9 seorang diri, si suami berkata/ bertaklik dengan jelas.."Kalau aku tukar channel TV3 dengan menggunakan remote control, maka jatuh talak 1 terhadap isteriku" Namun, secara tiba-tiba channel tv bertukar ke channel TV3 secara tiba-tiba (secara automatik) TANPA si suami menekan apa-apa butang pada remote control tersebut. Channel tv bertukar secara automatik. Adakah jatuh talak 1 terhadap isteri nya jika perkara begini terjadi?
File Upload:
Salam

Jika terjadinya pertukaran channel itu dengan sendiri, tanpa tindakan suami, ia tidaklah menjatuhkan talak taklik..

tk
Visitor IP: 118.101.69.184

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: bahagian luar anggota badan

Nama*:muhd hanafi bin saadon
Tajuk*:bahagian luar anggota badan
Message*:ustaz,
ketika sedang melaksanakan mandi hadas,tiba saja nak basuh bahagian dubur,saya hanya basuh dibahagian luar saja.saya tidak meneran dan korek langsung lubang dubur itu semasa mandi hadas itu.saya hanya ratakan bahagian luarnya saja. sah tak mandi wajib saya itu? ramai berkata perlu meneran tapi bagi saya tidak perlu kerana basuh bahagian yang zahir saja. minta ustaz beri penjelasan ye.
File Upload:
Salam

Memadai membasuh di bahagian luar sahaja. tidak perlu teran atau taklah perlu korek dubur utk basuh sebegitu.. hehe

tk

Visitor IP: 183.171.166.56

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: anggota badan ketika mandi wajib

Nama*:nasrul bin mohd khir
Tajuk*:anggota badan ketika mandi wajib
Message*:ustaz,masa mandi wajib dan nak basuh bahagian dubur,saya hanya meratakan dibahagian luar saja..bahagian dalam lubang dubur saya tidak korek dan tidak masukkan air..adakah sah mandi wajib saya itu? setahu saya dubur itu hanya bahagian luar saja wajib ratakan air..mohon penjelasan.
File Upload:
Salam
Memadai dengan membasuh bahagian luar dubur sahaja. tidak perlu teran atau korek keluar.. hehe..

tk

Visitor IP: 183.171.175.184

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Wednesday, July 27, 2016

Soalan: Tidak paham status

Nama*:Ariffin
Tajuk*:Tidak paham status
Message*:As salam,dahulu semasa prkahwinanlah,lelaki tdak boleh melanggar peraturan menampar atau mencederakanisteri selepas berkahwin,tp klau terlanggar peraturan tu sbb isteri sangat biadap,adalah perlu membayar apa2 seandainya perceraian berlaku,,,lpastu sy pnah member talak seribu utk dia dlm keaadaan waras n sy x prnah bersama dgn dia sehingga 3,4 tahun,cuma datang utk ambk Anak ja,,,,apalah status sy dgn isteri sy,,,n sy tidak prnah mnveraikan dia d mahkamah sbb dia nk menutut segala duit Dari langgarnya percaturan yg telah d buat
File Upload:
Salam

Saya kira saudara telah menzalimi isteri saudara.. bertindak dengan tidak wajar membiarkan isteri sebegitu..

Eloklah kes ini dibawa ke pejabat agama bagi menyelesaikannya.

Kasihan pada isteri dengan tindakan seperti ini.. Dendam dan marah tidak akan ke mana.. kita nak ke syurga Allah bukan nak ke neraka..

op.. maaf n tk

Visitor IP: 203.82.90.58

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: mandi berdiri

Nama*:radzi
Tajuk*:mandi berdiri
Message*:salam.
nak tanya,saya mandi wajib dalam keadaan berdiri. Semasa nak gosok bahagian dubur,saya duduk bertinggung sedikit untuk gosok bahagian dubur dan kelengkang. selepas sudah gonyoh atau gosok dengan tangan saya berdiri semula dan ratakan kawasan yang lain pula. sah tak mandi wajib saya begitu? saya khuatir mandi duduk kerana takut tidak rata celah pelipat yang lain.
sah dan memadai tak saya gonyoh dengan tangan dikawasan dubur dan kelengkang itu kemudian saya berdiri semula..
File Upload:
Salam

Mandilah berdiri ke duduk ke.. asalkan airnya merata ke seluruh tubuh.. itu sahaja....

Visitor IP: 183.171.163.241

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: tinggal solat

Nama*:ariffin bin abdul syukor
Tajuk*:tinggal solat
Message*:assalam ustaz,saya mengalami penyakit was-was yang kronik dan mandi wajib mesti terlalu lama dan berazam untuk berubah. dalam 1 hari itu saya mandi wajib berkali-kali sehingga solat 5 waktu saya tinggal kerana fokus dan tekun saya melaksanakan mandi wajib. kerana penyakit was-was itu menyebabkan saya mandi banyak kali untuk bagi yakin dan akhirnya dapat juga saya laksanakan.ustaz,disini masalah saya adakah mandi wajib saya itu tidak sah dan tidak diterima kerana solat 5 waktu pada hari itu saya tinggal? saya berasa risau takut tidak diterima dan saya lakukan untuk betul2 yakin sudah bersih dari hadas besar. atau tidak ada kena mengena dan mandi wajib itu tetap sudah sah dan teruskan solat seperti biasa?? saya bimbang solat 5 waktu saya tinggal itu kerana fokus dengan mandi wajib itu menyebabkan mandi saya itu tidak diterima..mohon ustaz bantu saya terangkan situasi ini..
File Upload:
Salam

LEbih baik mati daripada membazirkan air, meninggalkan solat sedangkan anda bertuhankan was-was..

Tengoklah orang lain mandi, dua tiga minit dah siap... kenapa awak susah sangat nak mandi? Fikirlah sikit.. Islam ni agama yang nak susahkan orang atau nak mudahkan orang?

Bertubatlah..

Visitor IP: 183.171.167.170

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: taharah

Nama*:muizzuddin bin abdul karim
Tajuk*:taharah
Message*:salam ustaz.
soalan pertama : setelah selesai mandi wajib,lepas itu berasa mcm bhgian kelangkang seperti kurang rata air tapi semasa mandi saya gosok bahagian itu. untuk bagi saya yakin lagi,saya pergi ke bilik air semula dan buka air paip dan basuh serta lalukan air bahagian kelangkang itu saja..dan niat dlm hati sambung mandi wajib semula bahagian kelangkang itu..adakah sah mandi wajib itu dan sempurna? adakah perbuatan itu melanggar rukun mandi? saya belum masuk apa2 niat selepas mandi itu,selepas naik ke bilik untuk memakai baju terasa bahagian kelangkang dan janggut bawah dagu saya kurang kena air..jadi saya pergi ke bilik air semula dan basuh serta alirkn saja air bahagian itu..adakah memadai dan xperlu ulang?

soalan kedua : kalau kita mandi wajib sampai terlalu lama lebih kurang dalam setengah jam lebih,mandi saya itu tetap juga sah kan..sebab setiap kali mandi saya sering diganggu pelbagai bisikan..jdi saya melawan bisikan itu dan terus mandi wajib.mandi terlalu lama adakah tidak sah mandi wajib itu..saya berusaha melawan bisikan2 itu dan itu mengambil masa yang lama..
mohon ustaz jawabkan 2 soalan itu ye
TERIMA KASIH
File Upload:

Salam

Awak kena hentikan was-was.. Belajarlah sikit bab fiqh ni.. Fiqh ni senang sahaja.. yang susah tu anda sendiri yang menyusahkan hidup. Hentikan was-was..

Mandi dua minit pun dah cukup asalkan air merata ke seluruh tubuh. Ada kat mana pula ni HUKUM MANDI?

Pergi belajar balik bab mandi wajib..

tk
Visitor IP: 183.171.167.42

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: lafaz kinayah

Nama*:lynn
Tajuk*:lafaz kinayah
Message*:soalan kedua saya ustaz..

Saya dan suami dah tak ada apa-apa ker..sebab kawan lagi satu beritahu dia yang suami saya beritahu dia yang dia dengan saya dah tak ada apa-apa. Adakah ini dikira lafaz kinayah?

Lalu saya bertanya suami, suami tak mengaku dan marah saya sebab dengar cakap orang dan tak percaya suami. Dia kata dia tak ada cakap macam tu. Kelirunya saya.
File Upload:
Salam

Jika niat suami utk cerai, jatuhlah talak.. jika tidak, ia tidak terjadi talak..

Pastikan apa niat suami ketika lafaznya..

tk

Visitor IP: 211.24.250.130

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: mohon pencerahan

Nama*:lynn
Tajuk*:mohon pencerahan
Message*:Assalamualaikum wbt.

Pada bulan ramadhan yang lepas suami telah menghalau saya keluar dari rumah..ayatnya 'Dah kau keluar dari rumah ni jangan kau balik2 lagi aku dah taknak tengok muka kau lagi'. Jadinya saya pun pindahlah. Lepas tu dia kata saya lari dari rumah pula.
Malam raya saya pulang kerumah untuk beraya bersamanya. Dia tak ajak pun saya balik rumah..tapi saya yang rela hati balik untuk jernihkan hubungan kami kerana hati saya masih sayangkannya dan beri dia peluang lagi, Sebelum ni dia dah lafaz cerai 2x tapi kami rujuk semula. Saya ada berulang ke bilik yang saya sewa tu..(saya tak tahu sama ada bilik atau rumah sebab saiznya memang saiz bilik macam master room tapi bukan dalam rumah..diluar sebelah rumah tuan rumah). Satu hari tu suami tanya dok rumah siapa..jadi saya kata rumah kawan, kawan tak ada kat sini jadi boleh duduk je bila-bila. Saya menipu kat sini. Yang sebenarnya saya menyewa bilik tu. Saya taknak bagitahu hal yang sebenar sebab saya taknak dia tahu saya boleh mnyewa sendiri.

Hinggalah pada satu malam tu dia marah saya sebab curiga dengan mengatakan ada lelaki bela saya. Dia fikir tu rumah lelaki yang diberikan kepada saya untuk duduk. Jadi keluarlah ayatnya seperti ini yang saya kira taklik mungkin. Ayatnya 'Ingatnya pesan ayah (panggilan dirinya) dulu..kalau buat maksiat, jatuh' lepas tu sambungan ayat tu 'Kalau rumah tu rumah lelaki, jatuh. Dah tak boleh bersama lagi'. Masalahnya ustaz bilik/rumah tu owner dia lelaki. Ayah kepada kawan saya yang punya rumah/bilik tu. Saya terangkan hal yang sebenar padanya. Dan suami saya kata dia memaksudkan rumah yang diduduki bukan tuan rumah atau milik siapa rumah tu. Bagaimana ya ustaz? Adakah taklik ini jelas atau dah berlaku taklik ni?
File Upload:
Salam

Taklik yang terakhir itu tidak terjadinya talak kerana dimaksudkan suami ialah CURANG.. itu yang saya faham..

Dah kau keluar dari rumah ni jangan kau balik2 lagi aku dah taknak tengok muka kau lagi

Manakala ayat di atas ini kena pastikan drp suami, sama ada ia berniat cerai atau tidak. JIka berniat cerai, terjadilah talak...

tk

Visitor IP: 211.24.250.130

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Tuesday, July 26, 2016

Soalan: Lafaz Talak

Nama*:Hamba Allah
Tajuk*:Lafaz Talak
Message*:Salam. Ustaz sy mempunyai masalah yg pada saya agak berat dimana sy sentiasa mempunyai dorongan untuk melafazkan talak... Hal ini menyebabkan kualiti hidup saya merudum kerana sy bersungguh-sungguh cuba untuk melawan dorongan itu dri terlafaz dari bibir saya... Pada suatu hari dorongan itu datang lagi dengan sgguh kuat, sy jd sgt tertekan & kesan drpd tekanan itu satu lafaz sarih terpacul dri lidah sy, tp tiada suara yg keluar hanya gerakan lidah & bibir semata & lafaz hanya dlm hati mengikut gerak lidah & bibir...

Soalan sy:
1) Sahkah lafaz talak sarih yg terpacul hanya dengan gerakan lidah & bibir tanpa suara? Kerana apa yang sy tau lafaz talak dikira sah apabila ada bunyi yg sekurang-kurangnya didengari oleh diri sendiri.

2) Adakah lafaz yg hanya dengan gerakan lidah & bibir tanpa suara ini memerlukan niat?

3) Bagaimana jika pelafaz itu dalam keadaan tertekan akibat perasaannya sendiri hgga memaksa ia terdorong melafazkannya?

4) Sahkah lafaz talak yg dilafazkan dengan menyebut nama perempuan lain yang tidak dikenali?

Terima kasih ustaz...
File Upload:
Salam

Saudara kena banyak bertaubat.. hindari dan lawan was was tu..

Lafaz yg tidak jelas, tidak menjatuhkan talak..

tk

Visitor IP: 183.171.27.159

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: luar bibir/mulut

Nama*:suhaila
Tajuk*:luar bibir/mulut
Message*:ustaz..semasa mandi wajib saya nak membasuh dibahagian bibir,saya hanya basuh dibahagian luar saja dan tidak basuh didalamnya..perlu ke basuh bibir yg sebelah dalamnya atau cukup diluar saja? sah tak mandi saya ini?
File Upload:
Salam

Basuh bahagian mulut sekali.. sebenarnya memadai bahagian luar mulut sahaja. sunat berkumur.
tk
Visitor IP: 183.171.174.83

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: bahagian tidak kena air

Nama*:nurul aina binti kamaruddin
Tajuk*:bahagian tidak kena air
Message*:salam,ustaz..selepas mandi wajib saya perasan seperti bahagian tangan kanan saya seperti tidak kena air.saya perasan setelah saya bersiap2 memakai baju selepas beberapa jam kemudian.selepas perasan itu saya pergi ke paip air dan membasuh saja dibahagian tangan yang tidak kena air tersebut. Saya TIDAK mengulangi mandi wajib sekali lagi. adakah sudah sah mandi saya itu dan memadai basuh dikawasan itu saja? kalau ada benda yang menghalang air berada dianggota badan dan perasan selepas mandi juga kemudian saya basuh dan bersih saja bahagian itu adakah sudah memadai juga tanpa mengulangi mandi itu sekali lagi dan terus bersolat seperti biasa.sudah sahkah perbuatan saya lakukan itu?? terima kasih.
File Upload:
Salam

Ia sudah memadai. tidak perlu diulangi mandi wajib..
Ratakan air ke anggota yang terhalang tadi..

tk

Visitor IP: 183.171.174.83

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Monday, July 25, 2016

Soalan: kau bukan bini aku jatuh ke talak?

Nama*:Nana
Tajuk*:kau bukan bini aku jatuh ke talak?
Message*:Assalamualaikum, saya ingin bertanya..baru-baru ini saya ada bergaduh dengan suami..kemudian di mengatakan 'kau bukan bini aku' pergi kau balik rumah mak bapak kau...kemudian selang beberapa minit die memujuk kembali..kemudian saya bertanya kepadanya adakah dia berniat untuk bercerai..katanya tidak berniat untuk menceraikan cuma berkata kosong..adakah jatuh talak?
File Upload:
Salam

Jika benar begitulah niat suami, tidaklah ia menjatuhkan talak..

Visitor IP: 175.143.97.93

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: cecair selepas buang air kecil

Nama*:muhd fadhil bin jasni
Tajuk*:cecair selepas buang air kecil
Message*:salam ustaz,nak tanya selepas kencing ada cecair sedikit yang keluar..tetapi tidak ada rasa kemuncak syahwat,tidak berasa sedap.adakah itu air mazi atau wadi? kalau mani mesti lah berasa sedap dan kemuncak syahwat kan? jika selepas kencing itu cecair apa ye yang keluar?
File Upload:
Salam

Mungin angin, mungkin sisa air kencing.. Jika terasa ada yang masih keluar, basuhlah dan berwuduk dengan sempurna..

tk
Visitor IP: 183.171.170.63

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Suami berjanji untuk melepaskan isteri

Nama*:ina
Tajuk*:Suami berjanji untuk melepaskan isteri
Message*:Assalammualaikum ustaz.
Suami saya berjanji utk menceraikan saya pada tarikh sekian2 dan mengulanginya berulang kali . Adakah jatuh talak ke atas saya pada tarikh yg dia sebutkan itu?
File Upload:
Salam

Ia tidak jatuh talak sehinggalah suami melafazkan talaknya. Janji nak buat, belum tentu dia buat..tk

Visitor IP: 113.210.55.64

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Pengesahan lafaz cerai

Nama*:Nabila
Tajuk*:Pengesahan lafaz cerai
Message*:Salam ustaz, sy ingin bertanya. Pada 19/1 suami telah melafazkan cerai ketika kami bertengkar. Suami seorang yang tidak boleh berfikiran waras ketika marah. Suami boleh sampai tahap memukul sehingga tak sedar kalau ada pendarahan, memijak kepala dan sebagai nya. Ketika pertengkaran, suami melemparkan kata2 kesat, sehingga sy hilang sabar dan melawan. Waktu tu, suami memukul, mengeluarkan kata kesat dan menceraikan sy. Terkejut dgn perkataan cerai, sy ambil pisau dan mula menoreh tangan. Suami yg melihat terus menghentikan dan memegang sy. Setelah tenang, sy bertanyakan soal talak tersebut. Tp suami sungguh2 berkata dia tak ingat tentang talak itu, adakah talak itu sah?
File Upload:
Salam

Talaknya jatuh kerana kemuncak kemarahannya ialah cerai..

Kena rujuk kes ini ke pejabat agama utk dapatkan penjelasan.

tk

Visitor IP: 14.192.212.207

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Sunday, July 24, 2016

Soalan: cerai taklik

Nama*:ana
Tajuk*:cerai taklik
Message*:Assalamualaikum ustaz..
Sy nak tanya bolehkah cerai taklik ditarik balik setelah dilafazkan?
Suami sy ade lafazkan cerai taklik kepada sy.. waktu dier lafazkan tu suami dlm keadaan marah.. selepas suami dh tenang dier pun ckp yg dier ingtkn lafaz tu boleh tarik balik..
Jd cmner tu ustaz.. sebenarnyer boleh ke x tarik balik? Kalo x cmner nak batalkan taklik tu?

Terima kasih
File Upload:
Salam

Taklik baisanay tidak boleh ditarik balik, itu pendapat sebahagian ulama fiqh..

Puncanya kerana tidak mahu bermain-main dnegna lafaz taklik...

Jika takliknya tidak munasabah, suami boleh dan berhak menarik balik takliknya.. itu pendapat peribadi saya.,

tk

Visitor IP: 8.37.234.195

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Jatuh ke talak

Nama*:Rahsia
Tajuk*:Jatuh ke talak
Message*:Sy nk tnye bru² nie ade sdikit pergaduhan antara sy da suami. .spanjang kami berkahwin suami x pernah bgi sy nafkah walaupn 10sen. .kami nk mkn pn susah. .kami ade seorg ank perempuan. .suatu hri suami x de duit mse jgak pampers dan susu ank da habis. .ble sy ckp da habis susu ngn pampers ank die ckp kami nie mnyusahkan. .kemudian sy ckp nk blik rumah mak sy. .dan die izinkn. .tpi ble wktu mlm pd hri yg sme sy blim rumah mak sy si suami ckp kalau x nk blik mlm nie baik kte cerai sehingga 3x die ulang perkataan yg sme. .peetanyaan sy adakah sah penceraian itu dan jatuh talak????
File Upload:
Salam

Saya berpendapat, ugutan seperti itu tidak menjatuhkan talak.

Kena bantu suami utk jadi lebih bertanggungjawab.. tahu tugasnya sebagai suami untuk mencari nafkah..

tk

Visitor IP: 113.210.200.15

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: niat dan lafaz semasa mandi

Nama*:aini aqilah binti hamzah
Tajuk*:niat dan lafaz semasa mandi
Message*:salam,ustaz saya nak bertanya bab mandi. Sah tak mandi wajib saya bila saya buka saja air paip,saya hulurkan air paip itu berasa sudah kena dibahagian kepala terus saya niat mandi wajib..kemudian masa nak meratakan air ditubuh badan,saya lafaz dimulut niat mandi tadi itu berulang-ulang kali sampailah habis mandi..supaya saya dapat lawan was-was yang menganggu saya ketika mandi.sah dan sempurna tak mandi wajib saya itu ustaz?? mohon ustaz berikan jawapannya ye..wsalam
File Upload:
Salam

sah mandi wajibnya.. ulangan niat tak ada masalah.

tk


Visitor IP: 183.171.28.6

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Lafaz Talak

Nama*:Ingin Kepastian
Tajuk*:Lafaz Talak
Message*:Assalamualaikum wbt... Ustaz sy ingin tahu, adakah lafaz talak sarih yg diluahkan secara 'humming' sah? Maksudnya suami yg bersendirian melafazkan talak ada bunyi tp bibir tidak bergerak jd hanya bunyi humming yg kluar dikira sah?
Terima kasih...
File Upload:
Salam

Talak yang dilafazkan hendaklah disebut dan jelas butirannya. jika sekadar dengungan sahaja, ia tidak sah. Kecualilah dia bermasalah tak pandai cakap...

tk


Visitor IP: 183.171.31.168

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Friday, July 22, 2016

Soalan: cerai taklik

Nama*:keliru
Tajuk*:cerai taklik
Message*:Assalamualaikum ustaz
Suami sy ade melafazkan cerai taklik kepada sy mcm ni ' kalo ko contact lg pempuan tu aku ceraikan ko talak 3' dlm keadaan marah.. x lama selepas tu kami telah bercerai melalui cerai lafaz talak 1.. kemudian kami rujuk semula..
Soalan sy,hilang x cerai taklik yg suami sy lafazkan dulu setlh kami bercerai talak 1?? Atau masih ade sbb kami tlh rujuk??
File Upload:
Salam

taklik yang disebut itu akan terbatal setelah berlakunya rujuk semula.

tk

Visitor IP: 8.37.234.195

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Jatuh Talak atau Tidak?

Nama*:Nizam
Tajuk*:Jatuh Talak atau Tidak?
Message*:Assalamualaikum ustaz,
Senario:-
ketika sedang berbual bersama isteri saya, datang kakakya (diblkg) bertanya saya, org kawin mutaah came? sy pun menjawab/lisan," diorang ni kawin sekejap jer lps tu , aku ceraikan kau "(siap dgn gaya tangan ke arah isteri saya yg kebetulan berada di depan saya masa tu).perkartaan "aku ceraikan kau" yg sy jwb tu sbnrnya merujuk kepada contoh kata2 org yg kawin mutaah meceraikn isteri mereka.
persoalan saya, adakah lafaz/kata2 sy itu boleh menyebabkn jatuh talak kpd isteri sy?
terima kasih ustaz
File Upload:
Salam

Ia tidak menjatuhkan talak kerana ia tidak ditujukan kepada isteri pada ketika lafaz itu disebut.

tk

Visitor IP: 121.121.21.178

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Thursday, July 21, 2016

Soalan: melawan bisikan syaitan

Nama*:nurul zatul adha bin abdul syukor
Tajuk*:melawan bisikan syaitan
Message*:ustaz,adakah mandi wajib seseorang itu sah kalau dia berniat lafaz dimulut berulang-ulang sehingga selesai mandinya itu dengan syarat dia sudah berniat didalam hati ketika air yang pertama mengalir dan jatuh ditubuh badan.dan cara itu bertujuan untuk melawan atau pun tidak melayani perasaan/bisikan syaitan dan agar dengan cara itu membantu dia dapat buat mandi itu sehingga selesai. SAH TAK USTAZ MANDI WAJIB ITU kerana itulah cara saya nak melawan apa jua bisik2 yang mendatang..terima kasih.
-zatul adha-
File Upload:
Salam

Sah mandi wajibnya.. niatlah seribu kali pun tak apa..

tk

Visitor IP: 183.171.161.37

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: jatuh talak ke?

Nama*:DIN
Tajuk*:jatuh talak ke?
Message*:ASSALAMUALAIKUM,
isteri sy sering membantah apa yg sy katakan dan perkara ini membuatkan sy berasa amat marah terhadapnya dan terjadilah pertengkaran mulut antara kami berdua. ketika sedang bertengkar, sy melepaskan kata-kata ancaman cerai terhadapnya. perkataan yg sy lepaskan kepada isteri sy ialah:

ayat:
1) "kau nak aku ceraikan ko ke!!??"

ayat:
2) "kalau mcm ni, aku kasih cerai kau ni, ko tgok la"
(apa yg sy maksudkan untuk ayat ini ialah "kalau kau x ubah perangai kau, lambat laun aku akan ceraikan kau " tapi x berniat pun untuk ceraikan, hanya sebagai ANCAMAN sahaja ketika bertengkar).

3) selepas sahaja kami berbaik semula (((kerana sy merasakan bahawa ayat 1 dan 2 d atas adalah semata-mata ancaman dan x jatuh talak" tapi sy pun x pasti 100% and harap tuan boleh terangkan"))), sy berasa was-was dan risau sekiranya sy ada melepaskan perkataan lain selain ayat 1 & 2 d atas yg boleh membuatkan kami bercerai kerana semasa bertengkar sy x dpt menyedari perkataan yg sy lepaskan. contoh-contoh ayat yg boleh buat sy was-was ialah "aku ceraikan kau", "aku caraikan kau dengan satu talak","kalau macam ni berceraila kita" ataw "berceraila kita" (contoh je). tapi perasaan was-was untuk perkataan lain selain ayat 1 & 2 di atas hanyalah 30% berbanding keyakinan iaitu 70%(untuk ayat 1 & 2 d atas sahaja yg d lepaskan).

terlepas perkataan yg buat sy was-was = 30%

keyakinan untuk ayat 1 & 2 sahaja yg d lepaskn tanpa ada perkataan was-was = 70%

JADI, SEKIRANYA ADA PERASAAN WAS-WAS DENGAN PERKATAAN YG BOLEH MENGAKIBATKAN BERCERAI, ADAKAH JATUH TALAK??
File Upload:
Salam

Kena pastikan ayat yang mana saudara ungkapkan.. Jika pasti bahawa ayat ugutan seperti ayat 1 dan 2 di atas, ia tidaklah menjatuhkan talak.

Seperkara lagi, jika benar saudara tiada terniat untuk menceraikan isteri, maka ia selamat.. tak terjadi talak...

tk

Visitor IP: 175.140.175.222

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Wednesday, July 20, 2016

Soalan: talak/cerai

Nama*:yang jahil
Tajuk*:talak/cerai
Message*:Assalamualaikum ust ..mohon pencerahan..

Pada tahun 2014 saya diceraikan dengan lafaz 'Aku ceraikan kau' kerana mmg sy mendesaknya melafazkan. 4 hari selepas tu suami rujuk sy balik dengan lafaz 'Abang rujuk kembali sayang pada pernikahan yang asal. Kami tak daftarkan perceraian ini di pejabat agama.

Pada 2016 sy ceraikan lg dengan situasi yang sama dengan lafaz 'Dah..aku ceraikan kau'. Selepas sebulan rujuk balik juga dengan lafaz 'Saya rujuk awak kembali menjadi isteri. ini pun tak didaftarkan.

Sepanjang hampir 3 tahun perkahwinan sy ini ada beberapa taklik juga yg suami dah lafaz pada sy. Cth :

1) Kalau kau kongkong aku lepas ni jatuh talak. ( Yang ni sy dah tanya jelas jawapan jelas dia adalah sekiranya mengongkong secara melampau).

2) Kalau sekarang ni jumpa skandal (pada saat yang sy keluar tu) atau selepas ni buat maksiat ( bersetubuh dengan lelaki lain selain suami) jatuh talak 1.

3) 'Kau dan aku dah tak ada apa2' (lafaz kinayah)

4) 'ok kita berpisah jela' (lafaz kinayah)

5)'aku dah tak nak hidup dengan kau' (lafaz kinayah)

6) dan baru2 ni ' dah kau keluar dari rumah jangan kau balik2 lg aku dah tak nak tengok muka kau lg'


bantu sy ust..sy terlalu tertekan kerana bimbang talak 3 sudah pun berlaku.

terima kasih.
File Upload:
Salam

Jika suami tidak melafazkan talak dengan jelas, tidaklah terjadinya talak.

CUma lafaz taklik itu terlalu banyak dan berbagai bentuknya, maka sebarang pelanggaran taklik akan menyebabkan terjadinya talak ke atas isteri.. So, isteri kena pastikan manakah satu larangan taklik yang suami sebut..

Suami ni pun satu hal la.. nak cerai je.. asyik taklik je.. dah tak ada modal lain ke nak marahkan isteri?

tk

Visitor IP: 211.24.250.130

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: azam

Nama*:nurul atiqah binti abdul rahim
Tajuk*:azam
Message*:ustaz,batal tak atau sah tak mandi wajib saya jika kita ada azam seperti ini, "jika si dia datang sebentar lagi aq nak berhntikan mandi wajib ini",,atau pun "jika azan sudah berkumandang aq nak berhntikan dari mandi,"...tetapi saya tetap teruskan mandi wajib itu sehingga dah rasa yakin air sudah rata barulah saya berhenti..saya nak tanya azam macam itu boleh sebabkan mandi kita tidak sah ke ustaz?? ada yang kata azam mcm itu tidak sah ibadat yang kita buat..jadi status mandi wajib saya adakah sudah sah atau pun tidak??? mohon ustaz berikan penjelasan tentang azam yang diperkatakan tidak sah itu..serta status mandi wajib saya itu..terima kasih dan w'salam.
File Upload:
Salam

Awak ni pelik lah.. cuba buat macam orang lain... tak ada lah jadi macam ni..

Nak mandi wajib, yang penting ada niat dan meratakan air.. itu sahaja..

tk

Visitor IP: 183.171.30.94

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: lafaz cerai

Nama*:iera
Tajuk*:lafaz cerai
Message*:assalamualaikum..sya nk tanye,sye brgadoh dengan suami dan telah mgmbil kunci motor untuk keluar rumah dan suami sye marah lalu mgatakan" kalau kau keluar rumah tanpa kebenaran jatuh talak 3..nak sangat kan "pada keesokkan hari suami kata lafaz tu cuma pada mlm tu sahaja.. soalan sye sama ada lafaz tu terbatal atau smpai bilateral sye kne mminta izin suami..
tq..
File Upload:
Salam

Kena ikut apa yang suami cakap. Jika suami cakap taklik itu hanya untuk malam kejadian sahaja, maka ia berkuatkuasa pada malam kejadian sahaja. Tidak pada hari selepasnya..

tk

Visitor IP: 8.37.231.1

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: cerai

Nama*:ina
Tajuk*:cerai
Message*:semasa bergaduh isteri berkata ..penatlah dgn perangai abang ni..nak marah perkara yang sama..tiba2 suami menjawab..dah penat..isi borang cerai...lps tu si isteripun diam..adakah jatuh talak dgn jawapan suami tersebut
File Upload:
Salam

Ia tidak menjatuhkan talak..

dah isi borang cerai ke?

tk

Visitor IP: 175.144.126.251

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Tuesday, July 19, 2016

Soalan: Lafaz Taklik

Nama*:Ingin Tahu
Tajuk*:Lafaz Taklik
Message*:Assalamualaikum wbt... Maaf mengganggu ustaz, sy ingin tahu adakah jatuh hukum talak sekiranya kita mengiyakan lafaz taklik yang dilafazkan di dalam hati? Contohnya ada lafaz taklik dalam hati, tetapi dibibir hanya keluar perkataan 'ya' sahaja, adakah dikira?.. Terima Kasih
File Upload:
Salam
Taklik hendaklah dilafazkan secara jelas untuk disahkan hukumnya. Taklik dalam hati, itu bukan taklik..

Visitor IP: 183.171.28.250

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Cerai taklil

Nama*:Azizan
Tajuk*:Cerai taklik
Message*:Dalam keadaan emosi Dan marah, saya telahlah memberitahu isteri saya ,....sebanyak Tiga kali.....bila sampai masa aku Akan ceraikan kau....aku Akan bagitau kau bila Dan masanya.....boleh ustaz beri sedikit penerangan....Dan tindakan yang patut saya lakukan sekarang....Dan status Kami sebagai suami isteri
File Upload:
Salam

Suami tidak menceraikan isterinya, tidaklah jatuh talak.. Cuma nak bagi tahu bila dan dimana... itu terpulanglah kepada suami bila nak diceraikan isteri...

tk

Visitor IP: 60.53.168.8

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Cerai taklil

Nama*:Azizan
Tajuk*:Cerai taklik
Message*:Dalam keadaan emosi Dan marah, saya telahlah memberitahu isteri saya ,....sebanyak Tiga kali.....bila sampai masa aku Akan ceraikan kau....aku Akan bagitau kau bila Dan masanya.....boleh ustaz beri sedikit penerangan....Dan tindakan yang patut saya lakukan sekarang....Dan status Kami sebagai suami isteri
File Upload:
Salam

Suami tidak menceraikan isterinya, tidaklah jatuh talak.. Cuma nak bagi tahu bila dan dimana... itu terpulanglah kepada suami bila nak diceraikan isteri...

tk

Visitor IP: 60.53.168.8

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Monday, July 18, 2016

Soalan: Cerai

Nama*:Hamba Allah.
Tajuk*:Cerai
Message*:Salam ustaz. Saya nak tanya. Apakah hukum suami yg suka cakap pasal cerai, tapi takde lagi lafaz yg benar soreh dari suami.. Contoh kata2 suami macamni..

Ish rasa nak cerai je.. Cerai kang baru tau.. Ikut kan hati lama dh nak bercerai..

Umpama kata2 seperti ingin bercerai atau suami memberi ugutan cerai.. Soalan sy adakah ianya sudah jatuh talak?
File Upload:
Salam

Ucapan seperti di atas, tidaklah menjatuhkan cerai.

Sepatutnya suami tidak menggunakan perkataan cerai untuk nak ugut isteri atau ketika marah.. nanti boleh tersilap langkah, menjatuhkan talak.

tk

Visitor IP: 115.164.85.153

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Keliru

Nama*:Nor
Tajuk*:Keliru
Message*:Salam ustas..sy ingin bertanya tentang suami..ketika berdoa seorang diri yang berbunyi begini "Ya Allah, permudahkanlah urusan isteriku ketika ber...(suami ingin menyebut bersalin tetapi ada lintasan bercer... Sehingga suami berhenti seketika dan selepas itu suami menjadi keliru serta tak pasti apa yg dia sebut, bagaimana ustas?adakah jika suami tersasul dikira lafaz ustas?namun suami ada berkata dia tidak jelas dan tidak pasti apa yg dia sebut..terima kasih ustas
File Upload:
Salam

KEnapalah tak pandai sangat ni.. kalau bersalin tu bersalin la.. kenapa nak dikaitkan dengan bercerai. kan tak betul tu..

Usah terpengaruh dengan was-was..

ia tidaklah menjatuhkan talak. cuma sikap pelaku itu yang amat tidak kena.. perlu berubah.. tk

Visitor IP: 113.210.206.30

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Sunday, July 17, 2016

Soalan: Bacaan

Nama*:Hamba Allah
Tajuk*:Bacaan
Message*:Salam ustas..ustas ketika kita sedang mengaji kemudian kita tersilap baca yang betulnya "la thokotalana" kt terbaca "la tholakkohu" kemudian semasa hendak betulkn bacaan sekali lg tersilap dan kt hanya menyebut "tholakko"adakah sebutan tersebut bermaksud lafaz ustaz?selepas tersilap kt menjadi risau..kt hanya ingin btolkan bacaan..tk ustas..
File Upload:
Salam.

Betulkan bacaan anda.. itu sahaja.. yang lain usah dirisaukan.. betulkan sebutan dan bacaan Quran..

cukuplah tu.

Visitor IP: 113.210.199.179

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: niat

Nama*:nawarrah
Tajuk*:niat
Message*:salam sah tak ustaz niat mandi saya jatuhkan dalam hati bila air sudah jatuh/mengalir ditubuh?
contohnya saya buka dulu shower,kemudian saya masuk dan duduk bawah shower itu kemudian air sudah mengalir ditubuh saya baca bismillah dan terus niat aku mandi wajib..sah tak cara saya itu dan adakah mandi saya itu sudah sempurna??
File Upload:
Salam.
 Ianya sah.

Asalkan berniat dan air membasahi seluruh tubuh, sahlah mandi wajibnya.
tk

Visitor IP: 183.171.16.187

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Saturday, July 16, 2016

Soalan: hukum batal

Nama*:zainul
Tajuk*:hukum batal
Message*:ustaz,was-was boleh membatalkan sesuatu hukum ke? contoh was-was mandi wajib.jadi batal ke mandi itu?
File Upload:
Salam

Was was takmembatalkan mandi wajib..

Visitor IP: 183.171.19.214

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: taharah

Nama*:fattah al-hafis
Tajuk*:taharah
Message*:salam ya ustaz,saya alami masalah ketika mandi.semasa mandi wajib,saya lafazkan ulang-ulang tapi suara yang perlahan dengan menyebut, 'wajib kerana allah taala'..tapi saya tahu mandi saya mandi wajib.sebab macam2 lah bisikan2 yang saya dengar dan kena ganggu.saya tak tahu nak luahkan masalah mcm ini kepada siapa..disini saya tanyakan sekali lagi,cara saya yang saya buat itu tadi adakah sah mandi wajib saya? lupa saya nak beritahu niat yang pertama masa air jatuh ditubuh saya sudah niatkan dalam hati. semasa nak ratakan air memang bermacam2 bisikan yang akan datang,untuk lawan sampai saya berjaya mandi wajib sampai selesai,saya lafaz dimulut sambil mandi itu dengan nada perlahan 'wajib kerana allah taala'..bila dengar macam itu saya fokus yang mandi saya adalah mandi yang wajib..tolong ustaz adakah MANDI SAYA ITU SAH DAN ADAKAH SUDAH SEMPURNA?? mohon ustaz membalas dan saya perlukan jawapannya agar penyakit saya ini dapat saya lawan.moga allah membalas jasa ustaz.
File Upload:

Salam

Mandi yang sah dimulakan dengan niat dan meratakan air ke seluruh tubuh. Itu sahaja..

tk
Visitor IP: 183.171.23.12

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Jelas kan terima kasih Ustz

Nama*:Khairunnisa
Tajuk*:Jelas kan terima kasih Ustz
Message*:Salam ustaz

Kalau skirany suami dah ckp dia tak berniat nak cakap macam tu.. dia cuma marah

Suami sayya marah ketika itu dan mengatakan `KAUU BUKAN BINIKU LAGI` dengan 2 kali lafaz.

Tetapi dia tak nak juga cerai dgn saya lalu ada esok hari nya saya tanya lagi lalj dia kata dia tak pernah kata begitu. Padahal jelas dan nyata apa yang saya dengar dia takut nak cakap hal tu tapi dia bersumpah dengan nama Allah dia tak ada niat kata nya. Tolong beri pndapat ustaz? Adakah saya perlu tanya kan ia nya dimahkamah tentanng hal ini.
File Upload:
Salam

Elok rujuk ke pejabat agama dalam kes ini..

Visitor IP: 202.152.86.154

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: mandi

Nama*:najwa
Tajuk*:mandi
Message*:salam ustaz,kalau saya mandi wajib 2 3 4 kali,dengan niat nak hilangkan hadas besar,tetap sah kan mandinya itu? betulkah ustaz jika kita mandi masuk yg kali ke-2 3 4 itu mandi yang awalnya itu sudah terbatal dan tidak diterima atau memang sah dan tidak ada masalah apa2 pun? mohon ustaz jelaskan kalau situasi begini.wsalam
File Upload:
Salam

Usah membazir, berdosa.

Cukuplah dengan satu kali mandi bagi mengesahkan mandi anda. tetapi tidaklah pula bila dah mandi kali kedua akan membatalkan mandi pertama.. hehe..

Visitor IP: 183.171.170.23

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Friday, July 15, 2016

Soalan: Bercerita

Nama*:Hamba Allah
Tajuk*:Bercerita
Message*:Salam ustaz..dalam 1 situasi semasa suami bercerita kepada isteri tentang hasutan syaitan yg boleh menhancurkn rumah tngga..
Suami: bahaya tau hasutan syaitan ni. Dia akan hasut kt smpai kt buat betul2..sampai kt habis..
Isteri: tak nak la smpai betul2..nanti habislah..
Adakah kata2 suami tersebut boleh menjatuhkn talak ustaz..?tk
File Upload:
Tak jatuh..

Visitor IP: 113.210.206.177

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA