Sunday, November 29, 2015

Soalan: ugutan ke pej agama

Nama*:nurul
Tajuk*:ugutan ke pej agama
Message*:Salam.
Saya ada soalan pd ustaz. Dlm thn 2013 sy prnh ke pej agama selangor utk dptkan khidmat kaunserling coz ms tu suami sy xamanah dlm mggunakan wang smpnn sy utk belanja kluarga dia. Ditmbh pulak kmbr pmpuan suami sy sering cmpur tgn aturkn kdhpn malah wang kami. Sy xthn 5thn sy diamkn smpai la sy amik tindkan trsebut setelah setiap prbncangan akn diakhiri dgn maki hamun. Suami menuduh ibubapa sy mnjadi dalang utk mmbuatkn sy brtindk hgg mngadu ke pej agama. Sy hmpir2 menfailkan tuntutan cerai apabila sesi suluh tdk mndatangkn apa2. Suami terus menyalahkn sy & kluarga malah menyalahkan sy krn mnjadi punca kluarga dia dan sy brmasam muka. Sesi suluh ke 2 sy sndiri hadir utk mklumkn yg suami mmg brsetuju lepaskn sy andai sy yg menfailkan. Bkn krn cabaran atau ugutan tp sy dh xlrat hdp dgn dia yg brsikap menyalahkn sy atas semuanya & ugut mcm2.. To atas nasihat ustaz pej agama sy blk ke pangkuan suami tp semata2 utk ank. Setahun lbh berlalu. Kami brtindak urus urusan mslh sndiri cnthnya die ada kndri ke smbut raya atau apa shj brkaitan kluarga die die akn urskn tnpa perlu sy ikt atau tahu walau prlu blk kg brhari2 dan begitu urusan keluarga juga sy. Pd die kluarga sy dh mati. Cm die xbtndk adil bile urusan kluarga sy die xbg sy prgi. Sy sabar tp die selalu kata dgn sy die mmg xnk hdp dgn sy tp die xkn ceraikan sy melainkan sy yg failkan. Sy tahu kenapa coz die xnk tnggung semua kos. Utk makluman ustaz nafkah die pd sy pn kadang2 xmmpu nk bg melainkn mknminum. Semua Wang gj sy die akn mntk utl byr rmh bile sy xsetuju die akn mrh ckp mcm2 die kata sy org xbrsyukur suke mengungkit. Tp itu gji sy hak sy tp die seboleh2nya akn mntk jgk. Sy xprnh ikhlas n halalkan ape yg sy bg. Sy hanya bg sbb xnk brgaduh. Jd harini kami gaduh lg. Perkara tetap sama. Sy dh xtahu ape prlu sy buat. Sy xrs sesi suluh membantu coz die xpnh prcy bile org brhujah pasal agama. Sy cm nk tahu kerap sgt die kata prgila pej agama aku cabar kau aku mmg xhingin dgm engkau. Jatuh ke talak begitu?
File Upload:

Salam

Puan, suami puan menetapkan jika puan failkan ke mahkamah maka terjadilah talak. Pada saya, puan jika itu yang diperlukan, buatlah report ke mahkamah untuk menjatuhkan talak berkenaan.

Perceraian bukan pilihan terbaik, tetapi kebahagiaan yang diidamkan tidak berbuah, eloklah berpisah.

bina keluarga sendiri..

tk
Visitor IP: 123.136.106.67

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA