Tuesday, November 24, 2015

Soalan: apa yang perlu dilakukan?

Nama*:nor
Tajuk*:apa yang perlu dilakukan?
Message*:salam Ustaz,

Suami saya dari mula kawin sehingga kini tidak pernah beri nafkah. pada awl 1thn perkahwinan suami tidak mempunyai pekerjaan tetap.mase ini sy telah buat loan bank utk keprluan hidup.
pd thn ke 2 telah dapat pekerjaan tetapi gj cukup2 mkn shj pd thn ke 3 bermula maslh kewangan teruk kpd kami sbb suami hampir 7bln tidak dpt gj krn syarikat brmslh. byk yg perlu kami rumah sewa, kereta, bil-bil, pengasuh semuanya tertunggak. sy tidak dpt membayar semua itu sbb telah byk komitmen. suami sy tidak lepas buat loan bank sbb tiada pndptn, suami sy telah ditipu oleh sorg kwn utk pinjam wang di sebuah sykt kewangan, suami ingat pinjamn berlesen tetapi rupenya Along (mase ini sy & suami telah tandatangan prjanjian sbb tidak dapat berfikir lagi banyak yang perlu dibayar). bila tanya kwn suami tu pun dia kate x tau yang sykt tu adalah Along.
pd thn ke 4 suami bru dpt keje lain yg tetap tapi sehingga kini gj die abis ke Along. Skrg telah hampir 6thn lebih prkahwinan hidup kami makin hari makin susah. suami selalu paksa saya cr duit utk byr duit Along tu sy sendiri tidak cukup wang. Dia ugut saya akan jual brg2 rumah sbb die stress krn Along dtg tmpt kerja minta duit. Saya terpaksa pinjm kwn2.
mslhnye skrg kwn2 sy mrh sbb sy x dapat byr htg diorg lagi, Kwn2 marah saya sbb saya pinjm duit diorg utk suami sy bukan utk diri sendiri, diorg kate suami sy tidak bertanggungjwb sbb susahkan isteri, skrg ini diorg x nak berkawan dengan saya, x nak tolong saya lagi. Diorg kate lebih baik saya berpisah dengan suami hidup dengan 2org ank sendiri sbb semua prbelanjaan saya yg tangung, keluarga saya pun ckp mcm tu diorg tidak mahu ambil kisah pasal saya & ank2. Saya memang dah tahan dengan semua ini tapi kalau saya berpisah mesti Along tu cari saya, dengan pendapatan sy skrg pun hanye cukup2 mkn boleh ke saya teruskan hidup?. Apa yang patut saya buat Ustaz? Betulkah berpisah adalah cara selesaikan masalah ini.? Saya tiada sokongan kawan2 & keluarga.
File Upload:
Salam Puan

Besarnya dugaan yang puan lalui.

Pada saya selagi suami itu mahu menunaikan tanggungjawabnya sebagai suami, mahu bekerja dan mencari nafkah, masih sayangkan puan dan anak-anak, terimalah dia sebegitu. Usah disia-siakan kehadirannya.

Bagi masalah yg dihadapi, cuba dapatkan nasihat dan panduan daripada pihak Bank Negara; PDNKK (?) yg boleh membantu dalam soal pengurusan kewangan keluarga.

Yang lebih penting, cuba perhatikan ketaatan keluarga kepada suruhan Allah. Utamakan perintah Allah, utamakan solat, utamakan Quran dan perbaiki hubungan dengan Allah sebaiknya. Ia menjadi punca kepada masalah kewangan sebab kita menjauhkan Allah dalam urusan hidup.

Berusahalah dan bersabar.. Mungkin boleh berniaga kecil kecilan..

Visitor IP: 203.62.1.81

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA