Wednesday, November 11, 2015

Soalan: talak

Nama*:angah
Tajuk*:talak
Message*:saya telah bertengkar dgn suami.puncanya saya sakit dan minta pertongan dgn suami tapi tak di endahkan...dgn perasaan marah saya telah keluar rumah dan pergi sendiri ke hospital...ke esokkannya saya pulang setelah mendpt rawatan....suami meseg.udahlah tu malu kat anak..saya jawap saya akan pulang ke rumah sbnb rumah dan tanah tu milik saya....dan lagi pun semua kos sara hidup semua saya yg tanggung....suami balas balik...ok mulai dari sekarang hubungan kita akan rengang dan terimakasih tanggung biawak hidup....sekarang saya nak tanya adakah saya telah diceraikan dengan kata2 itu sbb sudah 2 minggu dia boikot dan tak bercakap atau menegur saya...nafkah jgn kira lah memang sejak saya bantu dia beli dan urus keperluan rumah tangga semua nya saya yg tanggung....sehingga makan minum bapanya pun saya yg tanggung...kebetulan rumah yg kami buat atas tanah pemberian org tua saya...perlukah saya rekodkan kes saya dan jatuhkah talak keatas saya sbb saya x tahu niat dlm hati dia ketika dia lapaskan ayat itu....
File Upload:
Salam

Puan, kuasa talak terletak atas tangan suami. Jika suami belum melafazkan talak, maka tidaklah terjadinya talak.

Soal tanggung nafkah ia menjadi kewajipan suami, suami perlu mengambil peranan dalam hal ini. Dosa dia tak ambil kisah ttg nafkah keluarga.

tk

Visitor IP: 183.171.27.241

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA