Wednesday, November 18, 2015

Soalan: suami panas baran

Nama*:yenni
Tajuk*:suami panas baran
Message*:salam sejahtera ustazah

saya yani. dari pantai dalam. Saya baru bernikah setahun 2 bulan, dan sepanjang pernikahan saya, saya tertekan kerana suami seorang panas baran dan naik tangan.Boleh di kata setiap bulan ada kesaan lebam pada badan saya.Jika marah dengan keluarga saya dan keturunan saya dihina maki.sampaikan sanggup mengatakan saya keturunan babi

1)Punca pergaduhan sebab saya kadang2 lambat membuat urusan perkerjaan( saya menolong dia membuat bisnes kereta sewa dan saya juga mempunya bisnes sendiri melalukan penjualan dalam talian). Katanya saya memandu terhegeh2 .apalah daya saya nak drive laju2 ustazah. kadang die bg arahan tidak jelas dan saya tersilap buat lantas saya yg dimarah dan slalu juga saya ditampar.

2) Jika dia menanyakan soalan atau saya bercerita mengenai suatu perihal ,jika saya tersalah cakap .atau susun atur cerita saya tak jelas atau xlengkap .mulalah die akan naik angin dan slalu nya terajang dan sepakan akan die bg kat saya

3) bila lapar atau stress dengan customer dan sedikit kesilapan saya buat dengan akan melenting naik suara dengan ugutan nak terajang and mcm2 lagi..

4) tabiat die tido jam 4 , 5 pagi (sebab keluar dengan kawan2 dan kelamaan jadi kebiasan tidur waktu mcm tu) bangun jam 4 ptg ..dan bila keluar bekerja dalam keadaan stress dan akhirnya naik angin lagi terhadap saya dengan menyalahkan semua kesilapan terhadap saya.

5)kerja suami, kerja rumah, kerja saya (bisnes online) saya sendiri yang lakukan tanpa die sebab die sibuk tidur dan katanya kerja rumah bukan hal die.

6)rumah parent saya dekat je 30 mints dr tempat kami tinggal .taoi dalam setahun kawin hanya beberapa kali sahaja die balik.

saya dah bagitau tolong jangan pukul itu sahaja..ayat yang dia berikan ialah. TAKNAK KENE PUKUL KELUAR DARI RUMAH NI DAN JANGAN KEMBALI. bertapa sedihnya saya rasa.saya belum beritahu perkara ni kepada parents and dia pernah ugut saya" kalau saya beritahu perkara ni kepada mak ayah, saya dengan lahanat2(merujuk parent saya) ni aku benci "

saya pernah ambil keputusan untuk keluar dari rumah ni.dan die xpernah merayu atau minta saya pulang .tapi akhirnya 2 hari kemudian saya yang pulang sebab saya takut sangat keputusan saya buat ni silap.

harap reply dr ustazah kerana saya perlukan rujukan adakah tindakan bercerai sepatutnya saya ambil.berat hati rasa perlu bercerai kerana mak dirumah sakit seperti saya yang perlu jaga, buat kerja untuk suami juga dah x ikhlas sekarang , saya belum punya anak lagi ,khuatir kalau ada anak , anak akan jadi mangsa baran dia dan perangai tu akan ada pada anak saya.
File Upload:

Salam

Mohon maaf lambat nak jawab..


Visitor IP: 175.142.195.173

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA