Soalan: dalam mesej dan dalam keadaan marah
Nama*: | umirasakira |
Tajuk*: | dalam mesej dan dalam keadaan marah |
Message*: | assalam ustaz.. saya suri rumah, ada anak dua orang.. semalam saye dan suami bertengkar dalam mesej.. saya memaksa suami untuk menceraikan saya pada waktu itu jugak.. suami taip "aku sumpah...aku ceraikan kau".. die bersumpah bahawa pada hari khamis nnt depan2 akan menceraikan saya.. tetapi mlm tu dia telah pun bersumpah dan menyebut seperti itu di dlm mesej...pada ketika ini masing2 sedang dlm keadaan marah..dan saya pula masih menyusu kan anak dan sedang datang bulan...adakah talak itu sah jatuh?? mohon penjelasan terperinci dari ustaz.. tk |
File Upload: | |
Salam
Mesej suami itu cukup jelas; aku bersumpah aku ceraikan kau... maka terjadilah cerai atau talak ke atas puan..
Visitor IP: 175.144.166.134
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.