Saturday, November 7, 2015

Soalan: Mohon pencerahan Ustaz

Nama*:Zainoordin Alwi
Tajuk*:Mohon pencerahan Ustaz
Message*:Assalamualaikum Ustaz. Sy Din. Saya juga merupakan penghidap penyakit was-was yg selalu mengaitkan dengan lintasan hati ke arah perce......sepertimana yang dihidapi oleh mereka yang bertanya dalam blog Ustaz ini. Alhamdulillah rawatan secara islam masih diteruskan dan ada perubahan. Baru petang tadi ia kembali menghantui saya. Masalahnya begini, rakan sekerja saya menunjukkan screen shot WhatsApp group yang terdiri daripada rakan2 kami yg belum berkahwin. Nama grup itu adalah " Teruna dan Dara ". Sebaik sahaja membaca nama group tersebut, saya hendak membalas WhatsApp rakan saya dengan menaip ayat seperti berikut "Add aku oii.." Tetapi selepas saya menyedari nama group itu tadi, saya memadam ayat tersebut dan tidak membalas pada rakan saya. Saya jadi risau jika perbuatan saya itu mendatangkan kesan yang tidak diingini. Saya betul2 tidak ada niat langsung ke arah itu. Mohon Ustaz respon kemusykilan saya ini. Penyakit risau dan was-was saya kembali menghantui saya. Maafkan saya Ustaz kerana bertanya soalan seperti ini
File Upload:
Salam

Berusahalah untuk mengubati was was. Ia gangguan dalam hidup saudara.

Dalam Islam, jika tiada niat utk cerai, maka tidaklah terjadinya cerai.

tk

Visitor IP: 113.210.139.123

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA